ARKIB : 19/05/1999
COPENHAGEN - Pemain Malaysia,
Yong Hock Kin yang juga pemenang pingat perak Sukan Komanwel XVI (KL '98)
memulakan cabaran penuh bergaya apabila muncul antara pemain perseorangan
lelaki pertama melepasi pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Dunia di sini,
semalam.
Selepas seminggu beraksi pada
Piala Sudirman dan menjalani dua sesi kelayakan, pemain pilihan ke-11 itu
menewaskan pemain Hong Kong, Wei Ng 15-4, 15-3 dan turut disertai pemain nombor
satu dunia, Peter Gade Christensen yang berkemungkinan menjadi pencabarnya pada
pusingan ketiga.
Pemain Denmark itu yang tumpas
pada perlawanan akhir Piala Sudirman di tangan pemain China, Sun Jun itu
mengikut jejaknya ke pusingan kedua dengan kemenangan 15-3, 15-7 ke atas pemain
Korea Selatan, Ahn Jee-chang.
''Saya sungguh gembira dengan
kemenangan ini kerana dia bukan pemain yang mudah dikalahkan,'' kata Gade
mengenai Ahn.
Dia akan mengharungi pusingan
kedua bertemu pemain bukan pilihan dan bekas juara dunia 1995, Heryanto Arbi
dari Indonesia yang menewaskan pemain Sepanyol, Sergio Lopis 15-5 15-6, Gade
menambah: ''Arbi masih merupakan pemain yang handal. Saya harus berhati-hati.''
- Reuters
Seorang lagi pemain Malaysia,
Wong Choon Han turut melepasi pusingan pertama apabila dia mengetepikan
Jean-Frederic Massias dari Perancis 15-11, 15-8. - Reuters.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4RlLnfb2j
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan