ARKIB : 23/04/2004
MOHD. Hafiz Hashim mengejutkan pilihan pertama pertandingan, Lee Hyun
Il dari Korea untuk menjadi wakil tunggal perseorangan negara mara ke
suku akhir Kejohanan Konfederasi Badminton Asia (ABC) di Stadium Kuala
Lumpur, semalam.
Hafiz yang gagal menjuarai sebarang pertandingan sejak muncul juara kejohanan Seluruh England tahun lalu bagaimanapun terpaksa beraksi hingga ke set penentuan selama 57 minit sebelum memastikan laluannya ke pusingan suku akhir.
Pemain kelahiran Kelantan itu bermula baik dengan mendahului 5-1 tetapi kemudiannya tewas 15-6 pada set pertama. Dia juga ketinggalan 6-1 di awal set kedua tetapi bangkit untuk mendahului 12-9 sebelum menang 15-10 bagi memaksa perlawanan diteruskan ke set penentuan.
Keinginan membuktikan bahawa pemilihannya ke skuad Piala Thomas tidak sia-sia menyemarakkan semangat Hafiz untuk mendahului 8-0 sebelum menang 15-6 pada set ketiga untuk memastikan kemaraan pertamanya ke peringkat suku akhir tahun ini.
``Kemenangan malam ini amat bermakna kerana ia mengembalikan keyakinan diri di gelanggang yang hilang sebelum ini,'' kata Hafiz.
Hafiz akan bertemu pemain muda Indonesia, Sony Dwi Kuncoro yang turut mara selepas menewaskan Chen Jin dari China 12-15, 15-6, 15-5 dalam permainan yang berlarutan selama 70 minit.
Kejayaan Hafiz bagaimanapun gagal dicontohi oleh tiga lagi pemain perseorangan negara - Muhd. Roslin Hashim, Lee Chong Wei dan Yeoh Kay Bin yang masing-masing berjaya melepasi pusingan kedua pada perlawanan sebelah pagi.
Chong Wei yang masih belum selamat untuk ke Sukan Olimpik Athens tewas 15-2, 15-9 kepada Taufik Hidayat dari Indonesia sekali gus menggugat kedudukan rankingnya yang menjadi penilaian ke temasya itu.
Roslin yang mahu memperkukuhkan kedudukannya ke Sukan Olimpik pula kecundang kepada pemain muda Korea, Jang Young Soo 15-7, 17-15 sementara Kay Bin gagal menandingi kehebatan pilihan kedua pertandingan, Shon Seung Mo yang menang 15-11, 15-10 dalam masa 51 minit.
Terdahulu, dua lagi pemain perseorangan, K. Yogendran dan Kuan Beng Hong tersingkir di pusingan kedua kepada lawan masing-masing.
Sementara itu, dua beregu utama negara, gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng melepasi halangan pertama untuk mara ke pusingan kedua hari ini.
Ketua jurulatih perseorangan negara, Misbun Sidek mengakui kecewa dengan prestasi di bawah par yang ditunjukkan oleh Roslin dan Chong Wei malam tadi.
``Mereka mungkin tertekan dengan kedudukan ranking yang belum selamat untuk ke Olimpik,'' katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan