Sabtu, 18 Mac 2017

Choong Hann mara ke pusingan kedua

ARKIB : 16/08/2001
SINGAPURA - Juara Komanwel, Wong Choong Hann mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Singapura apabila menumpaskan pemain Jepun, Kazuhiro Shimogami 7-1, 7-2, 7-2 pada pusingan pertama, semalam.

Pilihan 9/16 itu akan bertemu pemain Indonesia, Hendra Wijaya yang menumpaskan pemain England, Andrew Smith 7-0, 7-2, 7-0 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Tertutup Singapura.

Pemain Malaysia lainnya yang mara ke pusingan kedua ialah Ismail Saman selepas menang ke atas Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia 7-4, 7-3, 7-5. Ismail akan menentang pilihan pertama, Chen Hong dari China yang mengetepikan cabaran pemain Belgium, Wouter Claes 7-0, 7-1, 7-2.

Ramesh Nathan pula menang 7-1, 7-3, 2-7, 7-1 ke atas Per-Henrik Croona dari Sweden. Ramesh akan bertemu pilihan 3/4, Taufik Hidayat dari Indonesia yang menang 7-1, 7-1, 7-2 ke atas Abhinsyam Gupta dari India.

Muhd.. Hafiz Hashim pula menumpaskan pemain Indonesia, Markis Kido 7-3, 7-1, 7-0 untuk bertemu naib juara Terbuka Malaysia, Rony Agustinus juga dari Indonesia. Rony menumpaskan Frederic Mawet dari Belgium 7-2, 7-1, 7-1.

Sementara itu, pemain negara, Yong Hock Kin menarik diri dan tidak meneruskan pemainan selepas tewas pada set pertama kepada juara Olimpik, Ji Xinpeng dari China 7-2 kerana mengalami kecederaan di paha kiri.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bj2nNHT5

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan