ARKIB : 23/03/2001
JUARA Terbuka Switzerland, Roslin
Hashim melonjak ke tangga ketiga perseorangan lelaki dunia, di belakang pemain
utama Denmark, Peter Gade-Christensen yang masih mengungguli nombor satu dunia
dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) yang dikeluarkan
di London, semalam.
Roslin sebelum ini menghuni
tangga keenam dunia dan berjaya melangkah ke separuh akhir Seluruh England,
terus mendekatkan jurang dengan pemain nombor dua dunia, Taufik Hidayat dari
Indonesia.
Turut mempamer peningkatan
mendadak ialah Lee Tsuen Seng dari tangga ke-76 kepada tempat ke-22 dunia, satu
kejayaan besar buat pemain muda negara itu selepas kalah kepada Roslin di
perlawanan akhir Terbuka Switzerland minggu lalu.
Pemain India, Pulella Gopichand
yang muncul juara Seluruh England berjaya menempatkan diri di tangga keenam
dunia.
Bekas pemain utama negara, Wong
Choong Hann sekadar meraih tangga ke-21, di belakang rakan senegara, Ong Ewe
Hock yang menghuni tangga ke-15.
Sementara itu, gandingan utama
negara, Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah berada di tangga keempat dunia dalam
kategori beregu lelaki.
PERSEORANGAN LELAKI:
1. Peter Gade (DEN), 2. Taufik
Hidayat (INA), 3. Roslin Hashim (MAS), 4. Xia Xuanze (CHN), 5. Ji Xinpeng
(CHN), 6. Pulella Gopichand (IND), 7. Hendrawan (INA), 8. Marleve Mainaky
(INA), 9. Chen Hong (CHN), 10. Anders Boesen (DEN), 15. Ong Ewe Hock (MAS),,
21. Wong Choong Hann(MAS), 22. Lee Tsuen Seng (MAS), 41. Muhammad Hafiz Hashim
(MAS), 44. Ramesh Nathan(MAS), 50. Yong Hock Kin (MAS), 59. Ismail Saman (MAS),
61. Yeoh Kay Bin (MAS).
BEREGU LELAKI:
1. Jens Eriksen/Jesper Larsen
(DEN), 2. Flandi Limpele/Eng Hian (INA), 3. Michael Sogaard/ Jim Laugesen
(DEN), 4. Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (MAS), 5. Martin Lundgaard Hansen/Lars
Paaske (DEN), 6. Lee Dong-soo/Yoo Yong-sung (KOR), 7. Simon Archer/Nathan Robertson
(ENG), 8. Halim Haryanto/ Sigit Budiarto (INA), 31. Chew Choon Eng/Chan Chong
Ming (MAS),.
PERSEORANGAN WANITA:
1. Camilla Martin (DEN), 2. Gong
Zhichao (CHN), 3. Zhou Mi (CHN), 4. Dai Yun (CHN), 5. Marina Andrievskaya
(SWE), 6. Gong Ruina (CHN), 7. Wang Chen (HKG), 8. Mia Audina Tjiptawan (NED),
9. Kelly Morgan (WAL), 10. Ye Zhaoying (CHN), 88. Wong Miew Kheng.
BEREGU WANITA:
1. Huang Nanyan/Yang Wei (CHN),
2. Helene Kirkegaard/ Rikke Olsen (DEN), 3. Ge Fei/Gu Jun (CHN), 4. Yim
Kyung-jin/Lee Hyo-jung (KOR), 5. Joanne Goode/Donna Kellogg (ENG), 6. Mette
Schjoldager/ Ann-Lou Jorgensen (DEN), 7. Majken Vange/Pernille Harder (DEN),
23. Chor Hooi Yee/Ang Li Peng (MAS).
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4bVJvnbu0©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan