Sabtu, 18 Mac 2017

Choong Hann tersingkir

ARKIB : 19/07/2001
PERSIAPAN Wong Choong Hann untuk beraksi pada Kejohanan Badminton Grand Prix akhir di Brunei bulan depan kini menjadi tanda tanya apabila dia tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Naib juara Terbuka Malaysia 1999 itu tewas 7-5, 7-8, 5-7 dan 6-8 di tangan pemain Thailand, Boonsak Polsana selepas beraksi selama 45 minit sekali gus menjadikannya salah seorang daripada sembilan pemain perseorangan lelaki negara yang menamatkan cabaran awal di kejohanan bernilai AS$120,000 (RM456,000).

Kekalahan itu menjadikannya salah seorang daripada empat pemain pilihan kejohanan - Fung Permadi dari Taiwan (pilihan ke-14), Lee Tsuen Seng (Malaysia-12) dan Vladislav Druzchenko (Ukraine-15) yang disingkirkan oleh pemain bukan pilihan.

Choong Hann, pemain ranking ke-17 dunia itu bersama-sama Ong Ewe Hock dan Roslin Hashim merupakan tiga pemain perseorangan negara yang layak beraksi pada Kejohanan Grand Prix akhir 2000 di Brunei 8-12 Ogos ini.

Selain daripada Choong Hann, 25, pemain negara turut tersingkir di pusingan awal semalam termasuklah Allan Tai, Ramesh Nathan, K. Yogendran, naib juara Terbuka Switzerland Lee Tsuen Seng, Ismail Saman, dan Kuan Beng Hong.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4bhSJujXl

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan