Sabtu, 18 Mac 2017

Sairul kejutkan Rony

ARKIB : 26/07/2001
PEMAIN muda negara, Sairul Amar Ayob menceriakan kem Malaysia dengan kejutan terbesar apabila menewaskan pemain tuan rumah, Rony Agustinos untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Stadium Bung Karno, Jakarta, semalam.

Sairul Amar bijak memanfaatkan sistem baru tujuh mata untuk kemenangan 7-2 dan 7-4 dalam dua set awal.

Namun Rony yng juga naib juara Terbuka Malaysia 2001 bangkit menguasai set ketiga dengan 2-7, sebelum pemin muda negara itu memenangi set penentuan dengan 7-5.

Sairul Amar mengikut jejak rakan sepasukan, Ismail Saman yang sebelum itu mengalahkan Budi Santoso dengan 3-7, 7-1, 7-4, 8-6.

Turut mara ke pusingan ketiga ialah James Chua yang menewaskan pemain Indonesia, Irwansyah dengan straight set 7-0, 7-0, 7-0 dalam masa 19 minit

Begitupun, malang menimpa seorang lagi pemain negara, Yeoh Kay Bin yang terpaksa akur kepada pemain utama Korea Selatan, Lee Hyun Ill yang menang 7-1, 4-7, 7-4, 7-3.

Hyun Ill akan berdepan pemain Indonesia, Johan Hadikusuma yang mengalahkan Per Henrik Croona dari Sweden dengan 7-4, 7-3, 7-1.

Sementara itu, pemain Denmark, Neils Christian Kaldau meleburkan kehebatan pemain Jerman, Bjoern Joppien yang dianggap `pembunuh gergasi' dengan kemenangan 7-3, 7-2, 7-0 dalam masa 16 minit.

Joppien sebelum itu mengejutkan juara dunia, Hendrawan pada pusingan pertama dengan 3-7, 5-7, 7-1, 7-5, 7-2.

Pemain Taiwan, Fung Permadi turut mara selepas mengalahkan Jeffer Rosobin dari Indonesia dengan 2-7, 7-5, 7-5, 3-7, 7-2.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4bhds01TH

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan