Sabtu, 18 Mac 2017

Hafiz mara


 

ARKIB : 18/08/2001
Muhd. Hafiz Hashim.

Oleh MIR AZRI SHAHARUDIN
SINGAPURA - Muhd. Hafiz Hashim, Wong Choong Hann dan beregu Chew Choon Eng-Chan Chong Ming melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

Buat kali pertama, Malaysia turut memiliki wakil pada separuh akhir acara wanita apabila Ng Mee Fen layak selepas menewaskan perseorangan Indonesia, Yuli Marfuah.

Hafiz mengejutkan perseorangan utama Thailand, Boonsak Polsana 3-7, 5-7, 7-1, 7-4, 7-1 untuk menempah pertemuan dengan pilihan ketiga dari Indonesia, Taufik Hidayat yang menewaskan Sairul Amar Ayob 7-1, 1-7, 7-0, 7-0.

Choong Hann pula cemerlang apabila menumpaskan juara Terbuka Indonesia dan naib juara Grand Prix Dunia Akhir, Marleve Mainaky 7-3, 4-7, 7- 1, 7-2 untuk menentang pemain muda Indonesia, Johan Hadikusuma.

Choon Eng-Chong Ming akan berdepan pilihan kedua dari Indonesia, Candra Wijaya-Sigit Budiarto pada separuh akhir hari ini selepas mengalahkan pasangan Denmark, Jens Erikssen-Jesper Larsen 7-4, 7-1, 7-4.

Sementara itu, Mee Fen muncul pemain wanita tunggal meneruskan cabaran selepas mengalahkan Yuli 7-5,7-0,7-5 dan akan bertemu Zhang Ning dari China.

Bagaimanapun, dua beregu wanita, Norashikin Amin-Wong Pei Tty dan Lim Pek Siah-Ang Li Peng, masing-masing terkandas di suku akhir.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4bjDAFwpc © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan