ARKIB : 06/04/2001
ROSLIN menggenggam tangan tanda
puas selepas mengalahkan Xiao Hui dari China 15-6, 15-9 pada pusingan ketiga
badminton Terbuka Jepun semalam. - Gambar AFP.
DUA pemain perseorangan negara,
Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock, serta beregu Chew Choong Eng/Chan Chong Ming
mara ke suku akhir selepas menewaskan pencabar masing-masing pada Kejohanan
Badminton Terbuka Jepun di Tokyo, semalam.
Roslin yang baru ditabalkan juara
Terbuka Switzerland menyingkirkan Michael Edge dari England 15-3, 17-15 di
pusingan kedua, sebelum mengalahkan Xiao Hui dari China 15-6, 15-9 pada
pusingan berikutnya.
Ewe Hock yang masih ketandusan
gelaran sejak menjuarai Terbuka Malaysia 1996 pula menewaskan rakan sepasukan,
Lee Chong Wei 15-10, 15-13 di pusingan kedua sebelum mengejutkan bekas juara
Seluruh England Xia Xuanze dari China 15-4, 15-9.
Pasangan Choong Eng/Chong Ming
pula ke suku akhir selepas mengetepikan gandingan veteran England, Chris
Hunt/Julian Robertson dengan kemenangan 15-13, 15-11.
Sairul Amar Ayob muncul pemain
muda tunggal melepasi pusingan kedua apabila mengalahkan Shoji Sato dari Jepun
15-13, 15-3, ketika tujuh rakannya tersingkir daripada saingan.
Namun pemain kelahiran Perlis itu
gagal di pusingan ketiga apabila tumpas kepada pemain pilihan pertama, Peter
Gade Christensen dari Denmark 15-6, 15-7.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4bZuZKQc4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan