Jumaat, 10 Mac 2017

Roslin, Hafiz ke suku akhir

ARKIB : 03/09/2000
ROSLIN Hashim mengesahkan tempat ke suku akhir apabila menang pusingan ketiga Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton-EON 2000 Terbuka Kedah di Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian), Sungai Petani, semalam.

Pemain pilihan pertama itu yang mewakili Selangor menewaskan pemain BAM/KL, Mohd. Nazree 15-7, 15-8 untuk bertemu dengan seorang lagi pemain BAM/KL, Ramesh Nathan yang turut mara ke suku akhir pada perlawanan yang dijadualkan pagi ini.

Turut mara ke suku akhir ialah adik Roslin, Muhammad Hafiz Hashim selepas berjaya menumpaskan pemain BAM/Perlis, Sairul Amar Ayob 15-5, 15-7.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4aypKOXFc © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan