Selasa, 14 Mac 2017

Roslin ke suku akhir



ARKIB : 12/01/2001
Pada pusingan ketiga semalam, Mohamad Roslin menewaskan pemain Denmark, Anders Boesen dalam permainan straight set 15-7 dan 15-11.

Mohamad Roslin akan meneruskan cabaran di suku akhir menentang pemain Korea Selatan, Lee Hyun Ill yang menyingkirkan pemain China, Ji Xinpeng dengan kemenangan 15-10 dan 15-7.

Begitupun, impian seorang lagi pemain perseorangan negara, Yong Hock Kin lebur apabila dia kecundang kepada pemain China, Xia Xuanze 10-15 dan 10-15.

Gandingan negara, Choong Tan Fook dan Chan Chong Ming bagaimanapun menceriakan semula kem Malaysia selepas menempah pertemuan suku akhir beregu lelaki menentang pasangan Denmark, Jim Laugesen dan Michael Sogaard.

Tan Fook-Chong Ming menewaskan gandingan Korea Selatan, Kim Yong Hyun dan Yim Bang Eun dengan kemenangan 17-14 dan 15-12
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4bJB7TGJH© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan