Selasa, 14 Mac 2017

Roslin kini No. 1- Kedudukan dalam negara ROSLIN... di tangga kelapan antarabangsa.



 
ARKIB : 19/01/2001
Kedudukan 10 teratas dunia merupakan ranking terbaik dunia pernah diperoleh Roslin, yang sebelum ini berada di tangga ke-11.

Bekas juara Terbuka Belanda itu merampas kedudukan perseorangan pertama negara daripada Wong Choong Hann, yang jatuh tiga anak tangga ke kedudukan kesembilan.

Peningkatan Roslin itu didorong kejayaannya layak ke suku akhir Terbuka Korea awal bulan ini, sebelum tewas 15-13, 15-1 kepada pemain tuan rumah, Lee Hyun Ill.

Kemerosotan ranking Choong Hann pula disebabkan kegagalan untuk beraksi pada beberapa kejohanan antarabangsa, selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan kanan.

Sementara itu perseorangan veteran, Yong Hock Kin yang tersekat dalam pusingan ketiga Terbuka Korea lalu, meningkat dua dua anak tangga ke ranking ke-22.

Bagaimanapun seperti Choong Hann, Ong Ewe Hock turut mengalami kejatuhan tiga anak tangga ke kedudukan ke-18 berbanding 15 dalam ranking IBF, minggu lalu.

Masalah kesihatan yang dialami pakar beregu Lee Wan Wah menyaksikan dia dan pasangannya, Choong Tan Fook merosot satu anak tangga ke kedudukan ketujuh.

Wan Wah terpaksa menarik diri pada Terbuka Korea kerana kecederaan buku lali dan memaksa Tan Fook bergandingan dengan Chan Chong Ming dan melayakkan diri ke suku akhir.

Sementara itu, jaguh Denmark, Peter Gade-Christensen kembali merampas status pemain nombor satu dunia selepas memintas bintang remaja Indonesia, Taufik Hidayat.

Christensen muncul juara Terbuka Korea, bersama tunangnya, Camilla Martin yang mengekalkan kedudukan sebagai pemain wanita nombor satu dunia.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4bMQaywnt
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan