ARKIB : 03/02/2001
TANPA sebarang kejohanan sejak
Terbuka Korea pada 9-14 Januari lalu, pemain negara tidak menunjukkan banyak
perubahan dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF),
semalam.
Perseorangan Nusa Mahsuri, Roslin
Hashim kekal sebagai pemain nombor satu negara dengan menduduki tangga ketujuh
selepas mengutip 157.50 mata.
Bekas perseorangan utama, Wong
Choong Hann pula berada di ranking ke-14 dengan 337.50 _ satu anak tangga di
depan pemain veteran, Ong Ewe Hock.
Seorang lagi pemain veteran, Yong
Hock Kin berjaya memperbaiki satu anak tangga ke kedudukan ke-29.
Walaupun tidak beraksi dalam
kejohanan awal musim, Ismail Saman turut menunjukkan peningkatan apabila naik
dua anak tangga ke ranking 60 dunia.
Sementara itu, pasangan nombor
satu negara, Choong Tan Fo ok-Lee Wan Wah kekal di ranking kelima dunia selepas
mengutip 220.93 mata.
Meskipun telah mengumumkan
persaraan selepas Sukan Olimpik 2000, beregu veteran, Cheah Soon Kit-Yap Kim
Hock masih merupakan pasangan nombor dua negara dengan berada di ranking ke-33.
Jaguh Denmark dan juara Terbuka
Korea, Peter Gade-Christensen terus mengungguli kedudukan nombor satu dunia,
diikuti dua pemain China, Xia Xuanze dan Ji Xinpeng.
Beregu Korea, Lee Dong-Soo-Yoo
Yong-Sung kekal di ranking pertama, diikuti pasangan Indonesia, Flandi
Limpele-Eng Hian.
Kedudukan
Lelaki perseorangan - 1. Peter
Gade-Christensen (Den), 2. Xia Xuanze (Chn), 3. Ji Xinpeng (Chn), 4. Taufik
Hidayat (Ina), 5. Hendrawan (Ina), 6. P. Gopichand (Ind), 7. ROSLIN HASHIM
(MAS), 8. Marleve Mainaky (Ina), 9. Kenneth Jonassen (Den), 10. Richard Vaughan
(Wal). 14. WONG CHOONG HANN, 15. ONG EWE HOCK, 29. YONG HOCK KIN, 60. ISMAIL
SAMAN.
Beregu - 1. Lee Dong -Soo-Yoo
Yong-Sung (Kor), 2. Flandi Limpele-Eng Hian (Ina), 3. Ha Tae-Kwon-Kim Dong-Moon
(Kor), 4. Jens Eriksen-Jesper Larsen (Den), 5. CHOONG TAN FOOK-LEE WAN WAH
(MAS), 6. Halim Haryanto-Sigit Budiarto (Ina), 7. Chandra Wijaya-Tony Gunawan
(Ina), 8. Simon Archer-Nathan Robertson (Den), 9. Martin Lundgaard-Lars Paaske
(Den), 10. Zhang Wei-Zhang Jun (Chn).
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4bNp7odrH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan