ARKIB : 09/03/2001
BIRMINGHAM, England - Pemain
nombor satu negara, Roslin Hashim menewaskan rakan senegara, Lee Tsuen Seng
15-12, 15-5 untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Seluruh England,
semalam.
Ramesh Nathen pula mencipta
kejutan apabila menyingkirkan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-Il 15-10, 15-1,
tetapi Ong Ewe Hock tersingkir selepas tumpas kepada pemain China, Chen Yu
7-15, 15-10, 15-10
Juara bertahan, Xia Xuanze dari
China mengetepikan pemain negara, Alvin Chew 15-9, 15-5.
Namun, pilihan pertama, Peter
Gade Christensen terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 8-15,
15-11, 15-11 ke atas pemain bukan pilihan dari Hong Kong, Tam Kai Chuen.
Gade juga melakukan beberapa
kesilapan untuk memberikan kemenangan kepada lawannya di set pertama, sebelum
bangkit menamatkan cabaran dalam masa 77 minit.
KEPUTUSAN (pusingan kedua)
Lelaki: Perseorangan - Xia Xuanze
(CHN) kln Alvin Chew (MAS) 15-9, 15-5; Peter Gade-Christensen (DEN) kln Tam kai
Chuen (HKG) 8-15, 15-11, 15-11; Shon Seung-mo (KOR) kln 5/8-Marleve Mainaky
(INA) 15-12, 7-15, 15-11; Rony Agustinus (INA) kln Richard Vaughan (WAL) 15-11,
6-15, 15-8; Hendrawan (INA) kln Hidetaka Yamada (JPN) 7-15, 15-9, 15-6; Ji
Xinpeng (CHN) kln George Rimarcdi (SWE) 15-11, 15-3; Taufik Hidayat (INA) kln
Jens Roch (GER) 15-9, 15-10.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bU7D9ljf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan