Rabu, 30 Julai 2014

Peluang tambah emas

Glasgow: Pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi memastikan maruah Malaysia selaku gergasi badminton Komanwel terpelihara apabila mengutip mata kemenangan pingat emas di Arena Emirates, awal pagi semalam.

Dia yang kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meninggalkan kem negara tahun lalu menewaskan Sara Walker 21-16, 21-17 untuk menundukkan England 3-1.
“Kemenangan ini amat penting bukan saja buat negara, tapi diri sendiri. Ramai yang meragui kemampuan kami selepas Datuk Lee Chong Wei menarik diri kerana kecederaan.

“Tapi hari ini kamu sudah buktikan tanggapan itu salah. Kejayaan mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran ini meningkatkan motivasi kami untuk memburu emas acara individu pula,” katanya.
 Foto
BARISAN pemain badminton negara selepas memenangi pingat emas.

Skuad negara bermula agak goyah apabila beregu campuran Chan Peng Soon-Lai Pei Jing tewas 14-21, 26-28 kepada Chris Adcock-Gabrielle Adcock.Chong Wei Feng sekali lagi tidak menghampakan apabila menyamakan kedudukan 1-1 menundukkan Rajiv Ouseph 21-17, 19-21, 21-19.Mata kedua muncul selepas itu menerusi pasangan Goh V Shem-Tan Wee Kiong menewaskan Adcock-Andrew Ellis 21-19, 21- 17 sebelum Jing Yi menamatkan cabaran England.

Kemenangan itu menyaksikan kemampuan skuad negara menambah dua atau tiga pingat emas lagi menerusi acara perseorangan dan beregu berdasarkan peningkatan ditunjukkan.Menurut jurulatih Jeremy Gan kemenangan acara berpasukan campuran itu nyata memberi suntikan motivasi tambahan kepada pemain.“Keyakinan saya tinggi menerusi Wei Feng dan V Sham-Wee Kiong. Saya juga harapkan Jing Yi serta pasangan beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei menyerlah nanti.”

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Selasa, 29 Julai 2014

Malaysia pertahan emas badminton

 
ANGGOTA skuad negara meraikan kejayaan Tee Jing Yee (tiga dari kiri) yang meraih mata kemenangan Malaysia ke atas England dalam perlawanan akhir acara berpasukan campuran badminton Sukan Komanwel XX di Glasgow, Scotland semalam. - BERNAMA
GLASGOW - Skuad badminton negara mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England 3-1 dalam perlawanan akhir Sukan Ko manwel XX di Emirates Arena semalam.

Kejayaan yang sudah diramalkan itu merupakan sumba ngan emas ketiga untuk kontinjen negara selepas atlet angkat berat, Mohd. Hafifi Mansor memenangi emas kelas 69kg dan Datuk Nicol David dalam acara skuasy individu wanita.

Skuad badminton negara bagai manapun bermula goyah apabila Eng land seperti dijangka mengutip mata pertama menerusi beregu campuran Chris Adcock dan Gabrielle White.

Pasangan suami isteri dari England itu menewaskan Chan Peng Soon-Lai Pei Jing 21-14, 28-26.

Bagaimanapun perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng me nyamakan kedudukan 1-1 selepas berhempas pulas untuk menewas-kan Rajiv Ouseph 21-17, 19-21, 21-19.

Skuad negara kemudian mendahului 2-1 selepas beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong menutup peluang Chris Adcock-Ellis Andrew dengan keputusan 21-19, 21-17.

Perseorangan wanita negara Tee Jing Yi mengesahkan kemenangan Malaysia dengan mengecewakan peluang pesaingnya Sarah Walker de ngan kemenangan 21-16, 21-17.

Wei Feng, ketika ditemui pemberita berkata, dia kurang berpuas hati dengan prestasinya kerana kerap melakukan kesilapan ketika tewas pada set kedua perlawanan.

"Memang dalam set kedua fokus saya terganggu dan pada set penentuan saya cuba mendapatkan rentak permainan yang lebih baik untuk menang.

"Saya tahu kemenangan daripada perseorangan lelaki sangat penting sebab sudah menjangkakan beregu campuran sukar untuk menang," katanya.

Bagi V Shem pula, kemenangan Wei Feng itu telah menyuntik semangat dia dan pasangannya untuk memburu kemenangan.

"Ini pertama kali saya menentang mereka (Chris Adcock-Ellis Andrew), mereka merupakan beregu yang hebat. Memang kami memberi saingan sengit untuk menang supaya skuad negara lebih mudah meraih kemenangan dalam acara ini," kata V Shem.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140730/su_01/Malaysia-pertahan-emas-badminton#ixzz38ttQ47J8 © Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 23 Julai 2014

5 rebut emas badminton perseorangan lelaki

 
Rajiv Ouseph
GLASGOW - Jaguh badminton England, Rajiv Ouseph percaya terdapat lima pemain berpotensi meraih pingat emas acara perseorangan lelaki dalam Sukan Komanwel kali ini selepas jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada temasya tersebut.

Chong Wei yang telah memenangi empat pingat emas pada dua temasya lalu tidak dapat turut serta pada Sukan Komanwel kali ini kerana mengalami kecederaan paha.

Ketiadaan jaguh No.1 dunia itu menjadikan pemain seperti Chong Wei Feng dari Malaysia, Kashyap Parupalli dari India dan Ouseph antara pilihan dalam saingan perseorangan lelaki.

Ouseph yang tewas kepada Chong Wei dalam perlawanan akhir di New Delhi empat tahun lalu berpendapat ketiadaan jaguh utama dunia itu mampu menjadikan persaingan lebih terbuka.

"Kini semua berpeluang untuk menang. Ketiadaan pemain terbaik dunia pada saingan ini umpama satu kehilangan yang besar namun dalam masa sama mampu membuatkan anda lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik.

"Di sini juga ada empat atau lima pemain yang dilihat berpotensi untuk muncul sebagai pemenang dan saya salah seorang daripada mereka.

"Mendapatkan pingat emas di sini adalah satu keutamaan dan apa sahaja boleh berlaku terutama dengan ketiadaan Chong Wei.

"Kami yang turut serta pada temasya ini mempunyai tahap permainan yang tidak terlalu jauh dan perlu bekerja keras andai mahu memenangi perlawanan," kata Ouseph.

Sementara itu, dalam saingan perseorangan wanita juga menyaksikan saingan bakal berlangsung tanpa penyertaan penyandang pingat emas empat tahun lalu, Saina Nehwal dari India yang mengalami kecederaan kaki.

Ketiadaan pemain itu menjadikan rakan senegaranya, pemain berusia 19 tahun, PV Sindhu sebagai pilihan utama manakala Kirsty Gilmour dari Scotland sebagai pilihan kedua. - AFP
SUMBER-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140723/su_05/5-rebut-emas-badminton-perseorangan-lelaki#ixzz38Jy3VBDD © Utusan Melayu (M) Bhd

Daren sahut cabaran Rashid

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Julai 2014
Daren sudah sedia mental dan fizikal menjelang aksi Sukan Komanwel pada minggu ini.
Daren sudah sedia mental dan fizikal menjelang aksi Sukan Komanwel pada minggu ini. Daren sudah sedia mental dan fizikal menjelang aksi Sukan Komanwel pada minggu ini.

PEMAIN perseorangan negara, Liew Daren sedia menyahut cabaran Rashid Sidek dengan tidak mempunyai rasa gentar terhadap tentangan yang bakal diberikan lawan.

Katanya, sebagai pemain kebangsaan, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab itu serta mahu membuktikan keupayaan meraih kilauan emas pada kejohanan itu.

"Saya akan berusaha dengan  bersungguh-sungguh untuk mara sekurang-kurangnya ke final,

"Tanggungjawab ini akan saya pikul dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan yang diletakkan di bahu saya," katanya.

Mengulas mengenai persediaan untuk aksi Sukan Komanwel, Daren berkata, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk beraksi dalam temasya itu selain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya harap dengan pemilihan ini, saya dapat meraih keputusan yang positif untuk Malaysia nanti.

“Saya juga berharap kami semua yang akan beraksi nanti dapat bermain sebagai satu pasukan. Selaku pemain perseorangan saya mahu menang dalam acara perseorangan dan kategori berpasukan campuran," katanya.

Turut beraksi pada temasya itu ialah Goh V Shem-Tan Wee Kiong sebagai pemain beregu lelaki, Chan Peng Soon-Lai Pei Jing (beregu campuran), Woon Khe Wei-Vivian Hoo (beregu wanita), Tee Jing Yi (perseorangan wanita) dan Lim Yin Loo (beregu wanita).

Pada Sukan Komanwel 2010, skuad badminton negara meraih empat pingat emas menerusi Chong Wei (perseorangan lelaki), Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu lelaki) Kien Keat-Chin Eei Hui (beregu campuran) dan kategori berpasukan campuran.

SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE 20.7.14