Jumaat, 27 November 2015

Chong Wei di ranking ketiga dunia

SABTU 28.11.2015
KHAMIS, 26 NOVEMBER 2015 @ 7:49 PM Chong Wei di ranking ketiga dunia - 
BWF CHONG Wei berada di landasan tepat untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menduduki ranking ketiga dunia. - Foto Goh Thean Howe KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berada di landasan tepat untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menduduki ranking ketiga dunia, demikian menurut ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan hari ini. Kedudukan Chong Wei dalam ranking dunia melonjak selepas pemain nombor satu Malaysia itu meraih tiga gelaran berturut-turut di Terbuka Perancis, China dan Hong Kong, baru-baru ini. 

Chong Wei kembali beraksi pada kejohanan kompetitif Jun lepas, selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping. Berikutan itu, ranking beliau jatuh merudum daripada pemain nombor satu dunia kepada kedudukan ke-180. Mengulas pencapaian itu, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata ranking Chong Wei naik mendadak daripada kedudukan ke-180 kepada ketiga dunia, dalam tempoh kurang enam bulan. 

"Chong Wei menampilkan prestasi mengagumkan...ia pencapaian yang hebat kerana beliau menjuarai tiga kejohanan berturut-turut. "Kejayaannya baik untuk badminton negara. Jangkaan saya tepat...sejak hari pertama berada di sini, saya percaya Chong Wei mampu melakukannya," kata Frost di sini, hari ini. Frost ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Badminton Remaja Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) 2015 di Arena Sukan Sentosa di sini, hari ini. Mengenai jurulatih perseorangan lelaki negara, 

Frost berkata pada masa ini, beliau tidak dapat mengumumkan senarai nama jurulatih berkenaan, namun mereka terdiri daripada jurulatih tempatan dan asing bagi membimbing pemain kebangsaan. "Saya belum berbincang dengan Chong Wei mengenai jurulatih perseorangan... seperti yang saya katakan, terdapat pilihan dalam senarai jurulatih. Saya berharap dapat memilih jurulatih perseorangan menjelang akhir Disember ini," katanya. - BERNAMA


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/100220

Sabtu, 21 November 2015

Kuda tua menakjubkan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
 
CHONG Wei mara ke final Terbuka Hong Kong selepas menewaskan pemain tuan rumah, Angus Ng pada aksi separuh akhir di Hong Kong Coliseum semalam.

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk meraih gelaran kelima musim ini apabila mara ke final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong hari ini.

Pemain berusia 33 tahun itu meneruskan cabaran pada kejohanan di Kowloon itu selepas menewaskan wakil tuan rumah, Angus Ng 21-19, 21-14 pada aksi separuh akhir di Hong Kong Coliseum semalam.

Angus yang kini berada di ranking ke-22 dunia memulakan set pertama dengan aksi yang agresif untuk mendahului 6-0 sebelum Chong Wei mula mengutip tiga mata pertama perlawanan.

Corak permainan yang lebih tersusun membuatkan pemain berusia 21 tahun itu mudah menguasai awal set pertama, namun sebaik sahaja Chong Wei mendapat rentak, dia mula mengejar untuk merapatkan jurang mata.

Permainan juga agak terganggu apabila jari tangan kanannya melecet dan berdarah terkena permukaan lantai gelanggang ketika mahu menyelamat pukulan smash lawannya itu. Namun kecederaan kecil itu langsung tidak menyekat kebangkitannya, sekali gus menamatkan set pertama itu dengan kemenangan 21-19 dalam tempoh 24 minit.

Aksi pada set kedua kelihatan lebih memihak kepada Chong Wei, walaupun mudah mengutip lapan mata untuk mendahului 18-9 pada penghujung perlawanan tetapi dia turut dikejutkan dengan kebangkitan Angus yang sempat meraih lima mata.

Bagaimanapun, Chong Wei yang tersentak dengan kebangkitan lawannya itu segera menyusun strategi untuk kembali mendominasi permainan, sekali gus mengesahkan kemenangan set kedua dengan keputusan 21-14.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock memuji semangat yang dipamerkan Chong Wei walaupun dia kelihatan agak letih ekoran aksi yang sengit ketika menewaskan pemain China, Chen Long pada aksi suku akhir kelmarin.

“Saya nampak permulaan agak perlahan mungkin dia keletihan selepas bertarung sengit dengan Chen Long semalam (kelmarin) tetapi selepas berjaya mengatasi masalah itu, dia mula menunjukkan prestasi yang luar biasa.

“Saya juga mahu beri kredit kepada pemain muda Hong Kong ini kerana dia sangat bersemangat, tidak mudah mengaku kalah dan permainan dia juga agak matang,” kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! Ahad di Hong Kong semalam.

Chong Wei yang pernah menjuarai Terbuka Hong Kong pada edisi 2009, 2010 dan 2013 akan bertemu pemain China, Tian Houwei yang turut mara ke final selepas menewaskan Anthony Ginting dari Indonesia dengan keputusan 18-21, 21-11, 21-6 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Seu Bock berharap, Chong Wei tidak mudah hilang fokus apabila berdepan dengan pemain yang turut menyimpan hasrat untuk melakar kejutan ke atas pemain nombor satu Malaysia itu.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3sBa0UFD7 Hakcipta terpelihara

Chong Wei ke akhir Terbuka Hong Kong

Oleh Ferzalfie Fauzi-ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk mara ke perlawanan akhir Siri Super Terbuka Hong Kong selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Ng Ka Long pada aksi separuh akhir malam tadi.

Chong Wei mencatat kemenangan 21-19, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 46 minit di Hong Kong Coliseum.

Menanti Chong Wei dalam saingan akhir esok adalah pemain China Tian Houwei yang sebelum itu mengalahkan Anthony Ginting dari Indonesia, 18-21, 21-11, 21-6.

Chong Wei hanya pernah bertemu Houwei sekali saja pada separuh akhir Terbuka Australia 2013, namun dia tumpas 19-21, 21-17, 18-21.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 8:36 PM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/94751#sthash.000wkxa5.dpuf

Ahad, 15 November 2015

Chong Wei takluk Terbuka China


15/11/2015 6:07pm
 
Foto AFP

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei (Gambar) merangkul gelaran juara Terbuka China tahun ini apabila berjaya menewaskan pemain China, Chen Long pada aksi final di Fuzhou hari ini.

Jaguh badminton negara itu mudah menewaskan pemain berusia 26 tahun tersebut dengan straight set 21-15 dan 21-11

Pada laluan separuh akhir semalam, Chong Wei menundukkan musuh tradisinya, Lin Dan, 17-21, 21-19, 21-19. - K! ONLINE

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz3rYnDVsyO Hakcipta terpelihara

Sabtu, 14 November 2015

wakil negara mara separuh akhir remaja dunia

SABTU, 14 NOVEMBER 2015 @ 6:37 PM 2 wakil negara mara separuh akhir remaja dunia
KUALA LUMPUR: Dua pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying mara ke kelompok empat Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang diadakan di Lima, Peru. Jin Wei pemain nombor satu negara yang juga pilihan keempat kejohanan pada Jumaat, mengetepikan pemain pilihan ke-13, Chen Yufei dari China 21-19, 22-20, menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.bwflima2015.com. Ying Ying turut berjaya mara ke separuh akhir dengan kemenangan sensasi 19-21, 21-13, 21-10 ke atas pilihan ke-8 Julia Dawall Jakobsen dari Denmark. Jin Wei dan Ying Ying masing-masing akan menentang dua pemain Jepun, Moe Araki dan pilihan ke-11, Natsuki Nidaira.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada pukul 3 petang hari Sabtu, atau pukul 4 pagi hari Ahad waktu Malaysia. Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berakhir selepas pemain tunggal negara R Satheishtharan yang juga pilihan ke-8 kalah mengejut kepada pemain India, Siril Verma 15-21, 14-21 pada separuh akhir. Malaysia turut menghantar pemain untuk regu lelaki dan wanita serta regu campuran yang semuanya gagal pada pusingan kelayakan kejohanan edisi ke-17 itu. -- BERNAMA Goh Jin Wei
 

SUMBER: http://www.bharian.com.my/node/96916

Chong Wei ke akhir Terbuka China


DATUK Lee Chong Wei akhirnya berjaya menumpaskan musuh tradisi, Lin Dan (China) pada perlawanan separuh akhir Terbuka China, petang ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu turut mara ke perlawanan akhir apabila menang 17-21, 21-19, 21-19 dalam aksi yang memakan satu jam 31 minit.

Menanti Chong Wei di saingan akhir ialah pilihan pertama kejohanan, Chen Long dari China, yang sebelum itu menumpaskan Son Wan Ho dari Korea Selatan, 21-11, 21-17.

Kali terakhir Chong Wei menjinakkan Lin Dan ialah pada perlawanan akhir Terbuka Korea Selatan, Ogos 2012.

Selepas bertemu dalam 35 perlawanan, hanya 10 kali Chong Wei mengalahkan Lin Dan, termasuk aksi di Terbuka China kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 4:46 PM


- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/93066#sthash.08uNECTQ.dpuf