Jumaat, 25 Jun 2021

Zii Jia di prestasi terbaik - Hendrawan

BERNAMA



Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia jadi taruhan memburu pingat di Olimpik Tokyo. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia berada dalam prestasi terbaik dan mampu melakar keputusan positif pada Sukan Olimpik Tokyo bulan depan, walaupun tanpa aksi kompetitif sejak Mac lalu.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata Zii Jia telah banyak belajar dari pengalaman lepas selain percaya persiapan anak buahnya itu tidak terjejas meskipun tidak menyertai sebarang kejohanan hampir empat bulan setelah kali terakhir beraksi pada Kejuaraan Seluruh England 2021.

Zii Jia mencipta sensasi selepas muncul juara Seluruh England 2021 dengan menewaskan juara bertahan yang juga pemain nombor dua dunia dari Denmark, Viktor Axelsen, 30-29, 20-22, 21-9 dalam aksi final di Birmingham.

"Saya percaya Zii Jia boleh mengawal situasi dengan lebih baik kali ini. Barisan kejurulatihan kini berusaha membantunya menerusi beberapa program termasuk meningkatkan kekuatan fizikal dan corak latihannya serta adakan perlawanan ujian sama seperti kejohanan sebenar sebelum ke Tokyo," katanya.

Selepas muncul juara kejohanan badminton tertua dunia di England, hasrat pemain kelapan terbaik dunia itu untuk memantapkan prestasinya bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo tidak kesampaian susulan pembatalan Terbuka Malaysia Mei lalu dan Terbuka Singapura awal bulan ini berikutan situasi pandemik Covid-19 yang masih melanda dunia.

Situasi sama pernah berlaku kepada pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini apabila terpaksa 'berehat panjang' hampir setahun ekoran pembatalan kejohanan badminton akibat Covid-19 sebelum kembali beraksi di tiga kejohanan di Bangkok, Thailand awal tahun ini.

Namun, Zii Jia menampilkan persembahan hambar dalam tiga kejohanan itu selain terkandas di peringkat separuh akhir Terbuka Switzerland 2021 sebelum bangkit memperagakan aksi luar biasa menjulang kejuaraan Seluruh England 2021.

Sementara itu, Hendrawan yakin kehadiran pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren sebagai rakan sepelatih Zii Jia sejak 24 Mei lalu dapat membantunya mempersiapkan diri menjelang Sukan Olimpik Tokyo, dijadual berlangsung 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

"Sebagai pemain senior, Daren mungkin boleh bantu Zii Jia, bukan sahaja dari sisi latihan tetapi pengalaman, cara hadapi tekanan serta kualiti sparring," katanya.

Pemain kelahiran Kedah yang bakal membuat penampilan pertamanya pada temasya sukan terbesar dunia itu pastinya antara pencabar pingat di Tokyo susulan kejayaannya menjulang1 kejuaraan Seluruh England 2021.

Disiarkan pada: Jun 25, 2021 @ 7:22pm.2

_________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2021/06/722626/zii-jia-di-prestasi-terbaik-hendrawan

2https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2021/06/722626/zii-jia-di-prestasi-terbaik-hendra

Khamis, 24 Jun 2021

Zii Jia akui persiapan ke Olimpik sukar

SUKAN



ZII JIA akan berusaha keras untuk menampilkan persembahan terbaik bagi memburu pingat emas Olimpik pertama negara meskipun berdepan kesukaran melakukan persiapan.

Zii Jia akui persiapan ke Olimpik sukar

Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

24 Jun 2021, 10:20 am

PEMAIN perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia tanpa berselindung mengakui persiapannya ke arah Sukan Olimpik 2020 Tokyo agak terbatas selepas pelaksanaan penutupan penuh atau total lockdown oleh kerajaan.

Bagaimanapun, pemenang kejohanan badminton Seluruh England (All England) itu menganggap ia sebagai cabaran dalam usahanya untuk membawa pulang pingat emas pertama Olimpik yang dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia.

Kata Zii Jia, suasana kali ini lebih berbeza berbanding kebiasaan, namun dia percaya negara lain juga turut berdepan situasi sama gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Memang agak sukar untuk buat persiapan dengan situasi Covid-19 yang melanda. Bagaimanapun, saya yakin BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan ISN (Institut Sukan Negara) akan cuba buat yang terbaik untuk bantu kita.

Apa yang penting sekarang adalah saya perlu buat persiapan rapi untuk ke Olimpik. Saya akui situasi sangat berbeza sekarang dan saya anggap itu sebagai cabaran besar sebelum ke Olimpik.

Kita tidak boleh berbuat apa-apa mengenai Covid-19, jadi cuba sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Negara lain juga berdepan situasi sama dengan kita,” kata pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Olimpik kali ini merupakan penampilan pertama buat pemain berusia 23 tahun itu.

Justeru, dia tidak mahu meletakkan sebarang tekanan meskipun sedar harapan tinggi yang diletakkan ke atas dirinya.

Memang sasaran saya untuk bermain pada Olimpik kerana ia bukan sesuatu yang mudah. Memandangkan ini adalah penampilan sulung, jadi saya akan buat yang terbaik,” ujarnya.1

__________________________________________________

1https://www.kosmo.com.my/2021/06/24/zii-jia-akui-persiapan-ke-olimpik-sukar/

Saya sudah terlepas peluang, kini giliran anda'

BERNAMA



CHONG Wei ketika mengumumkan persaraannya dua tahun lalu. FOTO Luqman Hakim Zubir

Kuala Lumpur: Wira badminton negara Datuk Lee Chong Wei mencoretkan kata-kata semangat kepada atlet negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik, sukan terbesar dunia yang akan berlangsung tidak sampai sebulan lagi, bermula 23 Julai.

Chong Wei yang juga Chef-de-Misson (CDM) pasukan Malaysia ke Olimpik Tokyo berkata, persediaan untuk 'Olimpik dalam pandemik' ini amat luar biasa, ia mungkin akan memihak kepada sesetengah pihak, dengan keputusan mengejutkan.

Beliau yang kini berusia 38 tahun menyatakan dalam kalendar sukan normal, persediaan Olimpik akan mengambil masa dua tahun menerusi sesi kelayakan dan program-program anjuran Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan untuk menajamkan kemahiran, meningkatkan latihan dan memperkuatkan kekuatan mental.

Namun dengan keadaan pandemik Covid-19 yang masih berlarutan sehingga menyebabkan Olimpik Tokyo ditangguhkan selama setahun, persediaan tidak lagi seperti dahulu, dengan atlet berlatih di bawah gelembung keselamatan dalam kuarantin yang ketat dan banyak kejohanan dan jadual latihan yang tertangguh.

Pemenang tiga pingat Olimpik dan masih atlet negara paling berjaya sehingga kini, juga mengimbas kembali kejayaan terakhir beliau di peringkat Olimpik, mengalahkan bekas juara dan seteru utama Lin Dan dari China di separuh akhir Sukan Olimpik Rio 2016.

"Bila saya kalahkan Lin Dan, tiada yang lebih baik lagi dan berasa bangga. Saya terlalu penat pada perlawanan peringkat separuh akhir. Saya ingatkan akan tewas kepada Lin Dan lagi. Namun saya katakan pada diri saya, untuk tidak kecewakan 32 juta doa dari peminat di Malaysia.

"Ia memberikan saya kekuatan tambahan untuk meraih mata kemenangan. Bagaimana negara meraikannya masih lagi segar dalam ingatan saya. Bayangkan kegembiraan negara jika tubuh saya yang penat itu tidak mengalah, dan saya berjaya mengalahkan Cheng Long sehari selepas itu?

"Saya sudah terlepas peluang saya. Kini giliran anda. Ini masanya di mana yang terbaik akan dapat meneruskannya," tulis Chong Wei dalam Facebooknya.

Selepas gagal untuk memberikan negara pingat yang paling dinantikan dua kali iaitu pada Beijing 2008 dan London 2012, dengan kedua-duanya tewas kepada Lin Dan, Chong Wei hampir memenangi pingat emas di Olimpik Rio, namun dinafikan oleh seorang lagi pemain China Cheng Long pada perlawanan akhir.Chong Wei juga mengingatkan atlet yang setiap kali mereka membawa lambang negara dan memasuki gelanggang, 32 juta rakyat Malaysia akan menyokong dan mendoakan kejayaan mereka.

"Jadilah seorang rakyat Malaysia…. wira," katanya.Disiarkan pada: Jun 24, 2021 @ 9:32pm.1

___________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2021/06/722264/saya-sudah-terlepas-peluang-kini-giliran-anda

Selasa, 22 Jun 2021

Kisona juara Kejohanan Antarabangsa Sepanyol

June 21, 2021 Utusan Sarawak



PEMAIN perseorangan wanita negara S Kisona muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol 2021 selepas menewaskan rakan senegara Goh Jin Wei di La Nucia, malam kelmarin.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 yang kembali selepas berehat sebentar untuk memperbaiki prestasinya, menewaskan bekas juara remaja dunia dua kali 21-14, 21-19 dalam aksi yang berlangsung 31 minit.

Ia adalah kemenangan kedua Kisona ke atas Jin Wei selepas mengatasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu pada kejohanan Masters Thailand.

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir, Kisona menyingkirkan pemain Perancis Yaelle Hoyaux 21-18, 21-10 manakala Jin Wei mengenepikan seorang lagi pemain negara Eoon Qi Xuan 21-17, 21-11, menurut laman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.com.

Sementara itu, gandingan Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing mengungguli acara beregu campuran selepas menewaskan pilihan ketiga Callum Hemming-Jessica Pugh dari England.

Pasangan negara terpaksa bermandi peluh dalam tempoh 50 minit pertarungan sebelum berjaya meraih gelaran antarabangsa sulung mereka dengan kemenangan 21-15, 13-21, 21-19.

Kejayaan berganda buat Kai Wun apabila turut meraih gelaran juara acara beregu lelaki bersama gandingannya Man Wei Chong.

Bagaimanapun, gandingan negara itu terpaksa mengharungi pertarungan sengit sebelum berjaya mengalahkan pasangan Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar 21-15-21-18.

Terdahulu, pada pusingan separuh akhir, gandingan muda negara itu menyingkirkan Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen dari England 21-11, 21-11 untuk mara ke final.- Bernama.1

__________________________________________________

1https://www.utusansarawak.com.my/?p=24455

Sukan Badminton | Kejayaan S.Kisona bukti aksi sebenar



Kejayaan perseorangan wanita negara, S. Kisona di Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol 2021 bukti barisan kejurulatihan berjaya bendung kelemahannya dan kembalikan aksi sebenar sejak awal tahun ini Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, turut memuji kekentalan mental Tee Kai Wun yang menjuarai dua acara.. Yang dianggap bonus buat skuad negara.1

_________________________________________

1https://www.astroawani.com/video-sukan/sukan-badminton-kejayaan-skisona-bukti-aksi-sebenar-1910124

Sabtu, 19 Jun 2021

Kisona atasi Jin Wei untuk muncul juara Kejohanan Antarabangsa Sepanyol

Bernama

Jun 20, 2021 00:34 MYT



Kisona atasi Jin Wei untuk muncul juara Kejohanan Antarabangsa Sepanyol

Pemain perseorangan wanita negara S Kisona muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol 2021 selepas menewaskan rakan senegara Goh Jin Wei di La Nucia, pada Sabtu. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara S Kisona muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol 2021 selepas menewaskan rakan senegara Goh Jin Wei di La Nucia, pada Sabtu.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 yang kembali selepas berehat sebentar untuk memperbaiki prestasinya, menewaskan bekas juara remaja dunia dua kali 21-14, 21-19 dalam aksi yang berlangsung 31 minit.

backup_ads

Ia adalah kemenangan kedua Kisona ke atas Jin Wei selepas mengatasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu pada kejohanan Masters Thailand.

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir, Kisona menyingkirkan pemain Perancis Yaelle Hoyaux 21-18, 21-10 manakala Jin Wei mengenepikan seorang lagi pemain negara Eoon Qi Xuan 21-17, 21-11, menurut laman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.com.

Sementara itu, gandingan Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing mengungguli acara beregu campuran selepas menewaskan pilihan ketiga Callum Hemming-Jessica Pugh dari England.

Pasangan negara terpaksa bermandi peluh dalam tempoh 50 minit pertarungan sebelum berjaya meraih gelaran antarabangsa sulung mereka dengan kemenangan 21-15, 13-21, 21-19.

Kejayaan berganda buat Kai Wun apabila turut meraih gelaran juara acara beregu lelaki bersama gandingannya Man Wei Chong.

Bagaimanapun, gandingan negara itu terpaksa mengharungi pertarungan sengit sebelum berjaya mengalahkan pasangan Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar 21-15-21-18.

Terdahulu, pada pusingan separuh akhir, gandingan muda negara itu menyingkirkan Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen dari England 21-11, 21-11 untuk mara ke final.1

______________________________________