Selasa, 15 September 2020

Piala Thomas, Uber tunda



PIALA Thomas dan Uber 2020 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Oleh Media Mulia

15 September 2020, 12:56 pm

KUALA LUMPUR: Selepas menerima pelbagai desakan, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akhirnya memutuskan untuk menunda kejohanan Piala Thomas dan Uber.


Keputusan itu diumumkan hari ini, sekali gus memberi tamparan hebat kepada kejohanan berpasukan dunia yang sepatutnya diadakan di Denmark bulan depan.


Kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 adalah sebab utama kejohanan dwitahunan itu dibatalkan dan tarikh baharu belum diputuskan.


Penundaan sudah diduga ekoran penarikan diri beberapa negara bertanding, termasuk juara Piala Thomas 13 kali, Indonesia.


Selain Indonesia, Korea Selatan, Thailand, Taiwan dan Australia turut membatalkan penyertaan akibat kebimbangan terhadap situasi semasa. – AFP SUMBER UM ONLINE

Badminton masih dibayangi Chong Wei

 ANALISIS SEMASA



GAMBAR HIASAN

Badminton masih dibayangi Chong Wei

Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

7 September 2020, 8:36 pm

MUHAMMAD HELMEE RAMLI, WARTAWAN EKSEKUTIF

PEMINAT-PEMINAT badminton di seluruh dunia pastinya sangat teruja serta tidak sabar menantikan saingan Piala Thomas 2020 yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark bermula 3 hingga 11 Oktober depan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sudah mengesahkan kejohanan dwitahunan itu akan tetap berlangsung meskipun seluruh dunia masih berjaga-jaga dengan pandemik Covid-19.

Tumpuan pastinya terarah kepada kem badminton negara dalam mempersiapkan skuad terbaik bagi menghadapi kejohanan yang dianggap sebagai piala dunia sukan raket tersebut.

Umum mengetahui, sudah lama Malaysia tidak mendakap serta menjulang trofi itu selepas kali terakhir memenanginya pada 1992 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Kini, sudah 28 tahun rakyat Malaysia menantikan kepulangan Piala Thomas ke tanah air dan tidak dinafikan cabaran kian sukar saban tahun dengan kehadiran muka-muka baharu dalam pasukan lawan yang mahu meleburkan hasrat skuad negara.

Edisi kali ini mungkin sedikit berbeza apabila kita kehilangan khidmat legenda perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang mengambil keputusan menggantung raket tahun lalu.

Justeru, tugas untuk mencuri mata pertama dalam setiap perlawanan kini mungkin digalas pemain perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia, 22.

Skuad negara dijangka membentuk satu skuad yang terdiri daripada pemain muda dan berpengalaman bagi menghadapi perlawanan.

Bagaimanapun, peminat-peminat sukan negara khususnya badminton diharap tidak meletakkan harapan serta tekanan terlalu tinggi kepada skuad kebangsaan.

Sebaliknya, terus berikan sokongan padu serta kata-kata semangat kepada wira negara tidak kira sama ada ketika menang ataupun kalah.

Sebelum ini, Zii Jia pernah menyuarakan kebimbangannya berhubung saingan Piala Thomas kali ini apabila bakal turun tanpa kelibat Chong Wei.

Pada edisi dua tahun lalu, boleh dikatakan satu mata sudah ada dalam genggaman menerusi Datuk (Chong Wei). Bagaimanapun, kali ini agak sukar kerana Datuk sudah tidak bermain lagi.

Walaupun sukar tetapi tidak mustahil untuk kita layakkan diri ke pusingan berikutnya sebagai juara kumpulan. Walaupun kita fokus pada Indonesia, namun jangan pandang rendah kemampuan dua pasukan lagi,” katanya.

Pada saingan kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama musuh tradisi serta juara 13 kali, Indonesia serta dua wakil Eropah, England dan Belanda.

Jika dilihat secara kasar, skuad negara tidak berdepan sebarang masalah untuk memastikan tempat ke peringkat suku akhir memandangkan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak.

Sementara itu, pakar beregu tanah air, Datuk Seri Jalani Sidek berharap Persatuan Badminton Malaysia bersikap lebih terbuka untuk turut menyenaraikan pemain-pemain profesional berdasarkan pengalaman dimiliki bagi mengurangkan tekanan terhadap pasukan.SUMBER-KOSMO ONLINE

Khamis, 10 September 2020

Beregu negara ada kelebihan sendiri

MyMetroArena

Beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik beraksi ketika menyertai kejohanan. FOTO File NSTP

Saiful Affendy Sapran

saifulaffendy@hmetro.com.my

BEREGU utama negara, Aaron Chia mengakui ketiadaan pasangan profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark pada 3 hingga 11 Oktober depan tidak memberi kesan yang besar kepada skuad negara.Jelas Aaron yang bergandingan dengan Soh Wooi Yik, setiap beregu mempunyai kelebihan masing-masing dan skuad negara mempunyai kekuatan tersendiri.

V Shem-Wee Kiong yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, menolak pelawaan menyertai skuad negara kerana urusan peribadi.Justeru itu selain Aaron-Wooi Yik, turut membarisi skuad negara adalah pasangan profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.

"Walaupun kedudukan ranking V Shem-Wee Kiong lebih tinggi berbanding Izzuddin-Sze Fei yang ranking rendah sedikit, tetapi mana-mana pasangan yang pergi pun, memang beregu kita tetap kuat."Ini kerana setiap beregu ada kelebihan, gaya permainan dan strategi yang berbeza. Saya fikir beregu mana yang pergi pun, kita tetap ada kelebihan," katanya.

Aaron-Wooi Yik bakal berdepan tugas sukar selaku beregu utama negara termasuklah berdepan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo selepas Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama negara jiran itu, Belanda dan England.Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik tidak pernah mencatat kemenangan dalam kesemua tujuh pertemuan dengan pasangan dari Indonesia itu."Biasanya apabila bermain dalam acara berpasukan ia memberi motivasi lebih tinggi kepada kami. Harap kami mampu pamerkan prestasi terbaik," kata Aaron.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 9:51 PM

Isnin, 7 September 2020

V Shem - Wee Kiong tiada dalam senarai

MyMetroArena

Beregu lelaki negara, V Shem dan Wee Kiong ketika beraksi dalam salah satu kejohanan. FOTO File NSTP

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

PASUKAN Piala Thomas jelas terpaksa pergi tanpa kelibat beregu lelaki berpengalaman profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang sah tidak akan bersama skuad negara bagi mengharungi saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, bulan depan.

Daripada senarai dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu tetap dengan pendirian tidak akan menyertai rakannya yang lain untuk ke Denmark atas sebab tertentu.

Difahamkan, kedua-duanya agak sukar membuat keputusan untuk menyertai kejohanan terbabit atas faktor keselamatan berikutan pandemik Covid-19.

V Shem baru saja bergelar bapa pada 30 Ogos lalu manakala Wee Kiong bakal menyambut kelahiran anak keduanya yang dijangka pada 17 Oktober ini.

Selain itu, cabaran besar menanti pemain badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia yang mengetuai pasukan menghadapi kejohanan itu.

Zii Jia akan mengalas cabaran bersama perseorangan negara yang lain Liew Daren, Cheam June Wei dan Leong Jun Hao.

Sementara kategori beregu mempertaruhkan gandingan emas Sukan Sea 2019 Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain turut menyenaraikan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Bagi skuad Piala Uber pula BAM memberi kepercayaan kepada pemain berpengalaman seperti, Soniia Cheah, S Kisona, Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan.

Manakala beregu membabitkan pasangan Mei Kuan-Lee Meng Yean, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dan Pearly Tan-M Thinaah turut berada dalam senarai 20 pemain terbaik skuad negara ke kejohanan itu.

Di Aarhus, skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan A bersama musuh tradisi, Indonesia, England dan Belanda manakala pemain wanita berada dalam Kumpulan B yang dibarisi Korea Selatan, Indonesia dan Australia.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 7:45 PM