Isnin, 20 Januari 2014

'Saya kasihan dengan Mew Choo'

Oleh FERZALFIE FAUZI

ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
 
Lee Chong Wei terus bertemu Wong Mew Choo dan anak mereka, Kingston Lee sejurus selepas menjuarai kejohanan Terbuka Malaysia buat kali ke-10 di Stadium Putra, Bukit Jalil, kelmarin.
KUALA LUMPUR - “Ramai tidak tahu, saya suruh isteri (Wong Mew Choo) dan anak kami tinggal di rumah ibu mertua sepanjang Terbuka Malaysia berlangsung kerana saya mahu bersendirian," itu antara pendedahan Datuk Lee Chong Wei ketika bercerita mengapa dia mengambil keputusan hendak menggantung raket secara mengejut.

Jaguh No. 1 dunia itu mendedahkan, dia terpaksa melakukan pengorbanan yang mungkin ‘menguris’ hati isterinya dalam usaha merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia ke-10.

"Hanya semalam (kelmarin, selepas kejohanan) saya berkesempatan duduk dan meminta maaf kepadanya (Mew Choo) kerana tidak dapat bersama dan menjenguk Kingston.

“Tumpuan saya hanya untuk menjuarai Terbuka Malaysia kali ke-10. Saya bernasib baik kerana isteri saya juga bekas atlet, jadi dia amat memahami saya," ujarnya lagi, yang muncul juara selepas mengalahkan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-19, 21-9.

Kelmarin, Chong Wei mengejutkan peminat badminton tanahair apabila menyuarakan hasrat untuk bersara hujung tahun ini kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

Menghurai mengenai keputusan mengejutnya itu Chong Wei berkata, sudah tiba masanya dia menghabiskan lebih banyak masa bersama isteri, anak mereka serta ahli keluarganya yang lain.

“Memang saya ada masalah peribadi, terutama yang membabitkan isteri dan anak.

“Selama ini saya tidak ada masa untuk mereka, bila balik berlatih sudah penat," katanya.

Dia berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan XOX Berhad semalam.

Jelasnya, dia ada berbincang dengan Mew Choo tentang persaraan tersebut kerana hanya isterinya sahaja yang tahu dan memahami.

Dalam masa yang sama Chong Wei juga sempat meluahkan perasaan yang terpendam selama ini sejak menggalas tanggungjawab berat sebagai perseorangan No. 1 negara.

Menurut Chong Wei, ketika dia menang semua orang gembira tetapi selepas dia kalah orang bercakap perkara yang tidak baik tentangnya.

“Saya terima semua itu kerana saya seorang atlet.

“Apa pun, saya gembira dengan segala pencapaian yang diraih selama ini," katanya, yang akan menimbang semula keputusannya itu selepas tamat Piala Thomas, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140121/su_01/Saya-kasihan-dengan-Mew-Choo#ixzz2qyihlSaW © Utusan Melayu (M) Bhd

Chong Wei juara kali ke-10

Oleh FERZALFIE FAUZI dan SUFIAN HADI MOHD. SOJAK

sukan@utusan.com.my
 
Najib Tun Razak mengalungkan pingat kepada Lee Chong Wei yang menewaskan Tommy Sugiarto dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. - Utusan/Aizzul A.Majid
KUALA LUMPUR - Pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya memenuhi matlamatnya untuk merangkul gelaran Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia buat kali kesepuluh semalam, tetapi kemudian memberi isyarat dia mungkin bersara pada Disember depan.

Skuad negara mengutip dua kemenangan pada hari terakhir Siri Super Premier yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Satu lagi kejayaan diraih oleh pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah, tetapi peminat badminton terpaksa bermuram apabila Chong Wei menyatakan hasratnya untuk bersara ketika sidang akhbar.

Chong Wei tidak mempunyai masalah untuk merangkul kemenangan selepas mudah mengalahkan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19, 21-9 dalam tempoh 47 minit tetapi kenyataannya ingin bersara lebih mencuri tumpuan.

"Mungkin ini Terbuka Malaysia terakhir yang saya sertai, selepas Sukan Asia 2014 di Incheon (Korea Selatan) Oktober ini, saya tidak tahu akan terus bermain atau tidak. Jika keadaan saya tidak bagus saya akan bersara tahun ini pada Disember," katanya kepada wartawan.

Katanya, dia akan menilai prestasinya di Sukan Asia dan juga Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dan jika masih bebas daripada kecederaan mungkin dia akan meneruskan karier seperti biasa.

"Saya akan cuba dan fikirkannya semula kerana kita tidak tahu bagaimana prestasi saya selepas itu. Saya juga mempunyai banyak masalah peribadi, saya akan cuba sebaik mungkin tetapi tunggu hingga Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia berakhir.

"Tidak ada tekanan, bagi saya mungkin lebih kepada masalah peribadi, saya akan habiskan dulu aksi di beberapa kejohanan besar tahun ini kerana sebelum ini saya memang tertekan. Sekarang saya sudah mempunyai keluarga. Saya meninggalkan isteri (Datin Wong Mew Choo) dan anak (Kingston Lee) berbulan-bulan untuk menyertai kejohanan," katanya.

"Saya akan cuba untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku kerana tiga tahun dari sekarang adalah tempoh yang lama, biar saya habiskan kejohanan besar yang bakal ditempuhi terlebih dahulu," katanya.

Ditanya mengenai kejuaraan Terbuka Malaysia semalam, Chong Wei berkata, dia berasa agak tertekan sepanjang seminggu kejohanan berlangsung kerana sangat teringin untuk muncul juara buat kali kesepuluh.

"Selepas menang saya berasa teruja. Walaupun pada set pertama Tommy mendahului, tetapi selepas menang set pertama saya sudah fikir akan menang mudah di set kedua. Bukan mudah untuk meraih kejuaraan kesepuluh, tambahan pula tahun ini (Terbuka Malaysia berstatus) Siri Super Premier.

"Isteri dan ibu saya melihat sendiri bagaimana muka saya begitu tertekan untuk muncul juara Terbuka Malaysia, saya sudah cuba yang terbaik dan selepas menjadi juara saya berasa bahu ini sungguh ringan kerana hilang tekanan," katanya.

Chong Wei membawa pulang AS$37,500 (RM123,637) manakala Tommy pula meraih AS$19,000 (RM62,643). Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, pemain China, Li Xuerui muncul juara perseorangan wanita selepas menumbangkan rakan senegara, Wang Shixian 21-16, 21-17 untuk membawa pulang RM123,637. Dalam acara beregu wanita, gandingan Bao Yixin-Tang Jinhua juga dari China mengetepikan pasangan Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 21-19, 14-21, 21-13 untuk meraih AS$39,500 (RM115,424).

Penguasaan negara Tembok Besar dilengkapkan dengan kemenangan beregu campuran, Xu Chen-Ma Jin yang menumpaskan gandingan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen 21-11, 17-21, 21-13 untuk meraih hadiah wang tunai RM115,424.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140120/su_01/Chong-Wei-juara-kali-ke-10#ixzz2qvvg7RMy © Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 19 Januari 2014

Regu V Shem-Khim Wah buat kejutan juarai Terbuka Malaysia 2014

Regu V Shem-Khim Wah buat kejutan juarai Terbuka Malaysia 2014
BEREGU negara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah (kanan) meraikan kejayaan selepas menumpaskan Chai Biao-Hong Wei di Stadium Putra Bukit Jalil, hari ini. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh V Shem-Lim Khim Wah membuat kejutan dengan merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2014 hari ini.

Lebih manis lagi kejayaan sulung mereka itu disaksikan penyokong tempatan yang tidak putus-putus memberikan sorakan semangat untuk meranapkan peluang beregu China, Chai Biao-Hong Wei pada perlawanan final di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.


Pada perlawanan penuh mendebarkan itu, ketangkasan V Shem-Khim Wah berjaya menundukkan pencabar mereka dengan straight set 21-19 dan 21-18 dalam masa 45 minit.

SUMBER :BERITA HARIAN ONLINE 19.1.14

LEE CHONG WEI JUARA KALI KESEPULUH

Lee Chong Wei juara lagi

OLEH -AHMAD YAAKOB
Dalam perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia, Datok Lee Chong Wei menang set pertama mengalahkan Tommy Sugianto 21-19 dalam masa 29 minit. Set kedua pula bermula dengan Tommy Sugianto mendahului 3-1. Tetapi Lee Chong Wei kembali tangkas dengan mendahului Tommy 6-4. Chong Wei terus mendahului dengan memungut dua mata berturut-turut sehingga mendahului 8-4 dan kini permainan jaring yang baik membuatkan Chong Wei mendahului 9-4. Tommy memukul bulu tangkis keluar, mata 10.4. Chong Wei memungut mata ke-11 dengan pukulan smash kencang.

       Chong Wei mungkin mendapat kejuaraan pertama tahun ini. Chong Wei terus mara dengan memungut mata yang kedua belas dan diikuti smas kencang lagi untuk mata ke-13  dan ke-14. Chong Wei nampaknya langsung tidak memberi peluang kepada Tommy dan kini memungut mata ke-15. Lee Chong terus cemerlang dengan memungut mata ke-16 dan ke-17.  Kini kedudukan 17-6 saya kira Tommy mungkin gagal untuk mengejar, tetapi Tommy memungut mata ke-7. Chong Wei memungut mata ke-18 sekali lagi dengan pukulan smash kencang. Pukulan Chong Wei keluar kedudukan 8-18. Lee Chong Wei kembali membuat smash tajam untuk mata ke-19 dan terus cemerlang untuk memungut mata ke-20. Tommy semakin jauh ketinggalan. Kini kita menunggu mata terakhir, tetapi Tommy pula memungut mata ke-9. Akhir

Lee Chong Wei mengambil masa 46 minit untuk mengalahkan Tommy 21-9 untuk merangkul gelaran Badminton Terbuka Malaysia kali kesepuluh. Tahniah Lee Chong Wei.

V Shem-Khim Wah Juara Badminton Tebuka Malaysia



Kuala Lumpur: Beregu lelaki nombor tiga negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah  mencipta sejarah tersendiri ababila berjaya menewaskan pasangan baru China, Chai Biao-Hong Wei di final Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, hari ini.

V Shem-Khim Wah yang kali pertama menjejakkan kaki di pentas final kejohanan bertaraf Siri Super Premier berjaya mengalahkan pasangan China 21-18 dan 21-19


SUMBER : SIARAN LANGSUNG ASTRO ARENA 801 19.1.14

Sabtu, 18 Januari 2014

Kejutan V Shem-Khim Wah

Oleh Helmi Talkah 


Kuala Lumpur: Beregu lelaki nombor tiga negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah bakal mencipta sejarah tersendiri jika berjaya menewaskan pasangan baru China, Chai Biao-Hong Wei di final Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, hari ini.

V Shem-Khim Wah yang kali pertama menjejakkan kaki di pentas final kejohanan bertaraf Siri Super Premier mara selepas menundukkan pasangan Indonesia, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra 23-25, 21-13, 22-20 manakala Chai Biao-Hong Wei menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun 21-12, 21-12 dalam aksi separuh akhir, semalam.


“Kami belum pernah bertemu dengan beregu China ini kerana mereka adalah pasangan baru. Apa pun, kami akan membuat persiapan terbaik untuk berdepan dengan mereka, yang penting adalah fokus kami sendiri.

“Keyakinan kami semakin meningkat dan kali ini kami harap cabaran kami tidak terhenti di final saja kerana kami mahu bergelar juara. Kami harap penonton yang hadir ke stadium terus beri sokongan seperti mana mereka lakukan hari ini (semalam),” kata Khim Wah.

Sebelum ini, pencapaian terbaik V Shem-Khim Wah yang digandingkan semula buat kali ketiga bulan lalu dengan menjuarai Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia, Mei tahun lalu selepas menewaskan rakan senegara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

SUMBER:BERITA  HARIAN ONLINE 19.1.14