Khamis, 23 Januari 2020

Pemain badminton negara bermula langkah kanan


SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 21 Januari 2020


Jin Wei menang 21-16, 21-11 ke atas pemain England, Chloe Birch dalam 30 minit. -Foto BAM
HAMPIR semua pemain perseorangan serta beregu negara melepasi perlawanan kelayakan pada Kejohanan Badminton Thailand Masters 2020 di Stadium Tertutup Huamark Bangkok, Thailand.


Setakat berita ini ditulis, hanya gandingan beregu wanita, Tan Pearly Koong Le/Thinaah Muralitharan tewas 17-21, 18-21 kepada pasangan Thailand, Chasinee Korepap / Kwanchanok Sudjaipraparat diikuti beregu lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn / Low Juan Shen tewas kepada beregu China, Ou Xuan Yi / Zhang Nan 16-21, 21-15, 18-21.

Perseorangan lelaki negara, Soo Teck Zhi menang 22-20, 21-17 ke atas pemain Perancis, Thomas Rouxel dalam 42 minit.

Bagaimanapun, perseorangan lelaki negara Soong Joo Ven terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pemain Perancis, Lucas Claerbout 19-21, 21-15, 21-19 dalam perlawanan yang berlanjutan selama sejam 16 minit.

Perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei kemudiannya menewaskan pemain Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-13, 21-15 dalam 39 minit.

Cheam June Wei kemudiannya menewaskan pemain Taiwan Lu Chia Hung 21-8, 21-15 dalam 29 minit.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki, Soong Joo Ven menewaskan rakan senegara Soo Teck Zhi, 21-19, 21-11 dalam 43 minit.

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei / Nur Izzuddin menang 21-17, 21-18 ke atas beregu China Hang Cheng Kai / Zhou Hao Dong dalam 31 minit.

Satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin / Teo Ee Yi menewaskan beregu Korea, Choi Solgyu / Seo Seung Jae 21-11, 21-18 dalam 31 minit.

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menang 21-16, 21-11 ke atas pemain England, Chloe Birch dalam 30 minit.

Beregu wanita Anna Ching Yik Cheong / Lim Chiew Sien menewaskan beregu Thailand, Ruethaichanok Laisuan / Supamart Mingchua 21-17, 21-12 dalam 31 minit.[1]




[1]https://www.sinarharian.com.my/article/66936/BERITA/Sukan/Pemain-badminton-negara-bermula-langkah-kanan

Jumaat, 3 Januari 2020

BAM singkir tujuh pemain


Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my
SEPERTI dijanji dan dirancang sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan menyingkirkan tujuh pemain yang dirasakan gagal mencapai prestasi ditetapkan. Tujuh pemain berkenaan termasuklah juara perseorangan lelaki Siri Antarabangsa Malaysia tahun lalu, Soong Joo Ven dan beregu lelaki berpengalaman, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

"Mereka yang tidak kekal di dalam BAM diberikan notis sebulan dan kita akan memberi segala bentuk sokongan kepada mereka sehingga 31 Januari ini," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) hari ini.

Empat lagi pemain yang menerima nasib sama ialah dua pemain perseorangan lelaki, Tan Jia Wei dan Ziyad Md Tah, serta dua beregu wanita, Lim Peiy Yee dan Lim Chiew Sien. Bagaimanapun, 39 pemain senior yang masih kekal di dalam badan induk berkenaan tidak boleh berasa lega kerana akan ada satu lagi penilaian semula 30 April depan.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 4:43 PM