Ahad, 31 Ogos 2014

Keputusan Kejohanan Badminton Dunia 2014

 
Berikut adalah keputusan perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di Copenhagen, hari ini

FINAL

Perseorangan lelaki

Chen Long (CHN) mn Datuk Lee Chong Wei (MAS) 21-19, 21-19

Perseorangan Wanita

Carolina Marin (ESP) mn Li Xuerui (CHN) 17-21, 231-17, 21-18

Beregu lelaki

Ko Sung Hyun/Shin Baek Cheol Shin (KOR) mn Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong (KOR) 22-20, 21-23, 21-18

Beregu Wanita

Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN) mn Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN) 21-19, 21-15

JAGUH perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei (kanan) kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long (dua kanan) dengan dua set 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena, dekat sini, malam tadi. - Foto BERNAMA

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE  1.9.14

Isnin, 11 Ogos 2014

Selesaikan post mortem


Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
pengarang@utusan.com.my
Rashid Sidek
KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sewajarnya menunggu laporan daripada Rashid Sidek dan mengadakan post mortem berhubung prestasi pemain di Sukan Komanwel XX di Glasgow sebelum menyalahkan mana-mana pihak mengenai kegagalan pemain perseorangan negara membawa pulang pingat emas.

Bekas pemain perseorangan negara, Roslin Hashim berkata, langkah itu merupakan pendekatan terbaik untuk mengakhiri episod pergeseran yang berlaku di antara ketua jurulatih perseorangan Rashid dan Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang dilihat hanya akan menyukarkan kem badminton negara sekiranya tidak ditangani segera.

Katanya, pergeseran yang berlaku pada waktu ini menyaksikan hanya Rashid seorang menjadi mangsa atas kegagalan skuad badminton mempertahankan pingat emas dalam acara perseorangan lelaki sedangkan pihak persatuan masih belum mendapatkan laporan dan mengadakan pertemuan dengan jurulatih itu.

"Kebiasaannya selepas tamat sesebuah kejohanan, pihak persatuan akan mengadakan post morterm bagi mengesan punca masalah dan mencari jalan penyelesaian terbaik sebagai persediaan untuk kejohanan akan datang.

"Apa yang saya lihat di sini, hanya Rashid menjadi mangsa sedangkan saya percaya dia masih belum sempat untuk mengemukakan laporan penuh atau masih belum sempat untuk membuat laporan penuh berhubung prestasi pemain yang menyertai Sukan Komanwel kerana baru balik dari sana.

"Saya melihat perkara ini semakin cenderung ke arah isu peribadi, bukan lagi melibatkan kerjaya profesional. Sekiranya persatuan merasakan kegagalan itu berpunca daripada Rashid 100 peratus, singkirkan dia kalau berani dan perkara akan selesai," kata bekas pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kegagalan Malaysia mengekalkan penguasaan selama 24 tahun dalam acara perseorangan lelaki Sukan Komanwel di Glasgow baru-baru ini menyebabkan Rashid menjadi mangsa kritikan Tengku Mahaleel.

Pemenang pingat gangsa Olimpik 1996 itu juga tidak dipanggil bagi membincangkan perancangan badminton negara untuk menghadapi Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Olimpik 2016.

Difahamkan pergeseran antara Rashid dan Presiden BAM sudah bermula sebelum Sukan Komanwel apabila Tengku Mahaleel dikatakan enggan menghantar Rashid menemani pemain di Glasgow tetapi akibat kesuntukan masa, jurulatih itu dibenarkan menyertai skuad negara.

Keadaan semakin tegang selepas perseorangan negara, Liew Daren gagal beraksi baik, sekali gus memusnahkan impian negara untuk mempertahankan emas yang dikuasai dalam acara itu sejak 1990.

Seorang lagi pemain negara, Chong Wei Feng turut tersingkir di suku akhir.

Rashid kelmarin tidak menolak kemungkinan akan mengikut jejak langkah abangnya, Datuk Misbun untuk meninggalkan skuad badminton negara jika berasakan khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Roslin berkata, segala permasalahan itu berpunca daripada Tengku Mahaleel sendiri yang terus menuding jari menyalahkan Rashid sejurus skuad badminton negara pulang dari Glasgow tanpa mengadakan sebarang pertemuan dengan jurulatih itu.

Katanya, pergeseran itu perlu diselesaikan segera kerana ia secara tidak langsung bakal menjejaskan persediaan skuad kebangsaan untuk berdepan cabaran Kejohanan Badminton Dunia dan Sukan Asia di Incheon selepas ini.

"Insiden seperti ini tidak perlu diperbesarkan dan sewajarnya diselesaikan di peringkat dalaman kerana episod tuding menuding jari ini tidak akan selesai kerana apabila satu pihak bersuara, satu lagi akan bertindak mempertahankan diri," katanya.
Sumber-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140810/su_01/Selesaikan-ipost-mortemi#ixzz3A4aQEd7v © Utusan Melayu (M) Bhd