Jumaat, 20 Mei 2016

Piala Thomas: V Shem, Wee Kiong raih mata kedua Malaysia

20 Mei 2016 9:24 PM
GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong menghadiahkan mata kedua Malaysia
GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong menghadiahkan mata kedua Malaysia dalam separuh akhir Piala Thomas selepas menewaskan pasangan utama Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen 21-18, 21-18 di Kunshan, China, hari ini. - BERNAMA
KUNSHAN, China 20 Mei - Selepas mempamer aksi tidak menentu sepanjang kempen di Kunshan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamer kebangkitan pada waktu yang tepat apabila mengejutkan gandingan utama Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen 21-18, 21-18 untuk meletakkan Malaysia mendahului 2-0 dalam separuh akhir kejohanan badminton Piala Thomas, di sini, sebentar tadi.
Beregu utama negara itu kalah dalam dua perlawanan terakhir menentang Taiwan dan Korea Selatan, tetapi mempamer aksi meyakinkan ketika menentang pasangan No. 8 dunia, Boe-Conrad-Petersen.
Kemenangan ini membolehkan mereka memperbaiki rekod pertemuan ke atas pasangan Denmark itu kepada 2-2.
Seandainya Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjaya meneruskan rentak kemenangan di Kunshan dengan mengalahkan Hans-Kristian Vittinghus, Malaysia akan menempah pertemuan akhir dengan Indonesia.
Namun, sekiranya keputusan perlawanan tidak berpihak kepada pemain No. 35 dunia itu, persaingan akan ditentukan oleh pasangan Beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang dijadual menentang Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, manakala Chong Wei Feng akan bertemu Emil Holst. - UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/piala-thomas-v-shem-wee-kiong-raih-mata-kedua-malaysia-1.332478#sthash.DAlSCmh9.dpuf

Piala Thomas: Chong Wei sumbang mata pertama


 

20 Mei 2016 8:35 PM
 KUNSHAN, China 20 Mei - Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dipaksa berhempas pulas sebelum membantu Malaysia mendahului Denmark 1-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Thomas, di sini, sebentar tadi.
LEE CHONG WEI menghadiahkan mata pertama Malaysia selepas menundukkan Viktor Axelsen 23-21, 21-18 di Kunshan, China, hari ini. - BERNAMA
Pemain No. 2 dunia itu diheret dalam pertarungan hampir sejam sebelum menundukkan juara remaja dunia 2010, Viktor Axelsen 23-21, 21-18.
Kemenangan ini membolehkan Chong Wei mengukuhkan rekod pertemuan kepada 9-0 ke atas pemain muda berusia 22 tahun itu.
Cabaran Malaysia kini akan diteruskan oleh beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang berdepan pasangan No. 8 dunia, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen, manakala Iskandar Zulkarnain Zainuddin bakal menentang Hans-Kristian Vittinghus selepas Denmark membuat kejutan menggugurkan pemain No. 5 dunia, Jan O Jorgensen.
Beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula dijadual menentang Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dan Chong Wei Feng akan bertemu Emil Holst seandainya saingan diheret ke perlawanan penentuan. - UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/piala-thomas-chong-wei-sumbang-mata-pertama-1.332473#sthash.CZW7BgfZ.dpuf

Selasa, 17 Mei 2016

Piala Thomas: Iskandar bantu Malaysia dahului Korea Selatan

17 Mei 2016 4:33 PM
 Iskandar Zulkarnain Zainuddin
Iskandar Zulkarnain Zainuddin
Iskandar Zulkarnain Zainuddin menyumbang mata kedua untuk meletakkan Malaysia mendahului Korea Selatan 2-1 dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Kompleks Sukan Kunshan, hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 17 Mei - Jaguh badminton muda negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin membantu Malaysia mendahului Korea Selatan, 2-1 apabila mudah menjinakkan Lee Dong Keun, 21-17, 21-15 dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Kompleks Sukan Kunshan, hari ini.
Terdahulu, perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei menyumbang mata pertama negara apabila berjaya menundukkan Son Wan Ho, 21-18, 21-15.
Namun, Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan apabila beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong mudah menewaskan pasangan negara, Koo Kien Keat-Goh V.Shem, 21-16, 21-11.- UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/piala-thomas-iskandar-bantu-malaysia-dahului-korea-selatan-1.327166#sthash.ci4505Wd.dpuf

Piala Thomas: Chong Wei sumbang mata pertama

17 Mei 2016 3:08 PM
 Piala Thomas: Chong Wei sumbang mata pertama
Piala Thomas: Chong Wei sumbang mata pertama
Lee Chong Wei - Gambar RIDUAN RIZAL AHMAD
KUALA LUMPUR 17 Mei - Malaysia sedang mendahului Korea Selatan 1-0 dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Kompleks Sukan Kunshan, hari ini.
Perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei memberi mata pertama negara selepas berjaya menundukkan Son Wan Ho, 21-18, 21-15. - UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/piala-thomas-chong-wei-sumbang-mata-pertama-1.327146#sthash.iR6gRlqI.dpuf

Isnin, 16 Mei 2016

Malaysia tumpaskan England dalam aksi sulung

15 Mei 2016 11:22 PM
 LEE CHONG WEI membalas pukulan pemain England, Toby Penty dalam
LEE CHONG WEI membalas pukulan pemain England, Toby Penty dalam perlawanan pembukaan Piala Thomas di Kunshan, China, semalam. BERNAMA
KUNSHAN, China 15 Mei - Malaysia memulakan kempen Piala Thomas dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 4-1 ke atas England dalam saingan yang berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, di sini sebentar tadi.
Datuk Lee Chong Wei yang turun selaku perseorangan pertama tidak berdepan masalah menumpaskan Toby Penty 21-15, 21-11 dalam tempoh 34 minit bagi meraih mata pertama Malaysia.
Beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menjadikan kedudukan 2-0 selepas menundukkan Marcus Ellis-Chris Langride 21-12, 21-17 dalam aksi yang memakan masa 40 minit.
Chong Wei Feng yang diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran perseorangan kedua tampil cemerlang dengan mengesahkan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Sam Pasrsons 21-10, 21-10.
Bagaimanapun, beregu berpengalaman negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal meraih mata keempat negara apabila tewas 18-21, 21-13, 17-21 kepada Peter Briggs-Tom Wolfenden.
Perseorangan ketiga negara, Goh Soon Huat pula dipaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum merekodkan kemenangan 21-15, 19-21, 21-13 ke atas Alex Lane. - UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/malaysia-tumpaskan-england-dalam-aksi-sulung-1.326386#sthash.PNvbCu6L.dpuf