MyMetroArena
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my
BEREGU lelaki negara, Nur
Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mempamer aksi cemerlang apabila mara ke separuh
akhir Terbuka Macau hari ini.
Pada aksi suku akhir, pasangan
negara itu menewaskan gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-12, 21-16.
Lebih manis, ia menamatkan badi
kekalahan enam pertemuan berturut-turut sebelum ini ke atas pasangan Taiwan
itu.
“Faktor pengalaman kami menentang
mereka membantu kemenangan hari ini. Kami cuba mengelak daripada melakukan
kesilapan mudah.
“(Hoon) Thien How selaku jurulatih
banyak membantu kami pada perlawanan ini,” kata Izzuddin.
Turut mara beregu campuran
negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang bangkit daripada kekalahan set pertama
sebelum menundukkan pasangan Taiwan, Lin Yong Sheng-Lin Wan Ching 14-21, 21-18,
21-13.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 1 November 2019 @ 9:13 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan