PENG SOON (kiri) dan Liu Ying
menunjukkan pingat perak yang dimenangi pada Sukan Olimpik Rio 2016, Brazil
pada sidang akhbar di Petaling Jaya semalam.
PASANGAN sensasi beregu
campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying nyata bersemangat selepas
memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, Brazil baru-baru ini dengan
menetapkan sasaran baharu iaitu menjadi beregu campuran No. 8 terbaik dunia.
Pada masa ini, Peng Soon dan
Liu Ying yang menduduki ranking No. 11 ingin berehat seketika sebelum kembali
menjalani latihan September nanti sebagai persiapan melayakkan diri secara
merit ke Siri Super Final di Dubai pada 14 hingga 18 Disember depan.
Peng Soon dan Liu Ying mencipta
sejarah apabila menjadi pasangan beregu campuran pertama Malaysia memenangi
pingat Sukan Olimpik meskipun tewas 14-21, 12-21 kepada pasangan Indonesia,
Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam perlawanan akhir.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4IQWtrnuL
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan