NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
8 Mac 2014
Chong Wei Chong Wei
PEMAIN nombor satu dunia, Datuk
Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal Malaysia meneruskan cabaran di separuh
akhir All England selepas menundukkan pemain muda, Kento Momonta dari Jepun
awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Beraksi di National Indoor
Arena, Birmingham, Chong Wei, yang memburu gelaran ketiga selepas menjuarainya
pada 2010 dan 2011, mudah mengalahkan Momonta dengan straight set 21-14 dan
21-18.
Pada perlawanan separuh akhir,
Chong Wei akan menentang Son Wan Ho dari Korea Selatan yang menewaskan pemain
berpengalaman Kenichi Tago dari Jepun, 21-15 dan 21-17.
Bagaimanapun nasib tidak
menyebelahi beregu lelaki negara, Hoon Tien How-Tan Wee Kiong apabila mereka
kalah kepada Gideon Markus Fernaldi-Markis Kido dari Indonesia, 18-21 dan
12-21.
Sementara itu, juara bertahan,
Chen Long dari China pula terpaksa bermain selama sejam 18 minit untuk
mengenepikan Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark, 18-21, 21-11 dan 21-14
untuk mara ke separuh akhir.
Pemain nombor dua dunia itu
akan menentang rakan sepasukannya Wang Zhengming dalam perlawanan seterusnya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan