8 Mac 2014
Lee Chong Wei Lee Chong Wei
JAGUH badminton negara Datuk
Lee Chong Wei terpaksa bekerja keras untuk meneruskan cabaran ke final
Kejohanan Badminton All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham,
England.
Pada perlawanan separuh akhir
hari ini, Chong Wei menerima tamparan awal apabila tewas pada set pertama 14-21
kepada pemain bukan pilihan Son Wan Ho dari Korea Selatan sebelum bangkit pada
set kedua 21-19.
Chong Wei turun selaku pemain
pilihan utama meraih kemenangan 21-15 pada set ketiga dalam perlawanan yang
berlangsung selama 1 jam 11 minit, menurut laman web
www.bwfbadminton.org//sport.
Menanti Chong Wei pada final esok
ialah juara bertahan Chen Long dari China selepas menyingkirkan rakan
sepasukannya Wang Zheming, 21-17 dan 21-14 dalam satu lagi perlawanan.
Chong Wei merangkul kejuaraan
All England pada 2010 dan 2011 kemudian Lin Dan dari China merampas kejuaraan itu
pada 2012. - Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan