Isnin, 4 Disember 2017

Hafiz kecundang di tangan abang


 

ARKIB : 31/08/2008
KUALA LUMPUR - Hajat Muhammad Hafiz Hashim (gambar) untuk merangkul kejuaraan tempatan pertama selepas enam tahun dimusnahkan oleh abangnya sendiri, Mohd. Roslin Hashim selepas tewas pada kejohanan badminton Terbuka Pulau Pinang, semalam.Roslin, 33, merangkul kejuaraan sirkit kebangsaan pertamanya dalam tempoh sembilan tahun selepas menang 21-9, 18-21, 21-12.

Walaupun terpaksa mengecewakan adiknya sendiri, namun kemenangan ini memberi satu kepuasan buat Roslin kerana akhirnya kembali memenangi gelaran domestik selepas kali terakhir melakukannya di Terbuka Pahang 1999.

"Sudah terlalu lama saya tidak menang dalam kejohanan sirkit kebangsaan dan kemenangan hari ini cukup menggembirakan, walaupun saya terpaksa mengalahkan Hafiz.

"Harap ia akan menjadi pendorong kepada saya untuk mencari keputusan yang lebih baik apabila beraksi di Taiwan (9-14 September) dan Terbuka Jepun (16-21 September),'' kata Roslin, yang juga juara Terbuka Jepun 2001.

Sementara itu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuktikan mereka masih pasangan terbaik di peringkat domestik apabila muncul juara beregu lelaki manakala Julia Wong mudah memenangi perseorangan wanita selepas menewaskan Tee Jing Yi 21-10, 21-10.

Gelaran beregu wanita pula dimenangi pasangan Fong Chew Yen-Mooi Hing Yau.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz50LSbVsp8

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan