MyMetroArena
Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my
AKSI longlai di Terbuka Denmark minggu ini diakui sendiri
oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menganggap pemain tidak mengambil
peluang kesempatan yang diberikan.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, pemain
seharusnya sedar bahawa hujung Disember akan ada penilaian yang bakal
menentukan nasib pemain sama ada kekal di bawah badan induk itu atau tidak.
"Sudah tentu kami harus akui bahawa keputusan di
Terbuka Denmark tidak bagus. Kita sudah menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi
(KPI) buat mereka dan akan ada penilaian pada 31 Disember ini. Siapa yang tidak
beraksi dengan baik akan dikenakan tindakan," katanya ketika ditemui di
Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Kenny berkata, mereka sudah menjelaskan sebelum ini
bahawa keputusan yang akan dibuat adalah untuk memacu prestasi badminton negara
ke depan.
"Jika kita asyik fikir kesan-kesannya ia tidak akan
ada perubahan. Kita akan melakukan analisis lebih mendalam apa kelebihan dan
kekurangan di atas keputusan bakal dibuat nanti.
"Ia sama seperti kita mengambil ubat, ia adalah
untuk merawat penyakit namun ada pula kesan sampingan. Bagaimanapun, kita masih
mengambil ubat walaupun tahu akan kesan sampingannya nanti," katanya.
Kenny Goh buat penilaian pemain berdasarkan prestasi.
Kenny berkata, antara kesannya tidak akan ada pemain
senior akan menjadi pembimbing kepada tonggak muda.
"Bagaimanapun, pemain senior yang dilihat
membuktikan kemampuan mereka dan berbaloi kita akan kekalkan. Pemain sebenarnya
harus mengambil kesempatan di atas peluang yang diberikan.
"Ada pemain yang mampu beraksi lebih baik ketika
berada dalam tekanan. Bagaimanapun, hanya sebahagian saja berbuat demikian dan
sekarang peluang sudah tidak banyak untuk mereka bangkit iaitu di Terbuka
Perancis, China, Hong Kong dan Master Korea," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan
(C&T) itu juga mengakui bahawa penilaian mereka akan dilakukan secara adil.
"Sudah tentu akan ada yang gembira dan tidak
gembira. Bagaimanapun, kita akan menilainya seadil mungkin," katanya.
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terkandas di
pusingan pertama dan nasib yang sama juga berlaku kepada perseorangan wanita,
Soniia Cheah.
Beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terkandas di
pusingan pertama selepas tewas kepada rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Bagaimanapun, perjalanan Aaron-Wooi Yik terhenti di
pusingan kedua, manakala beregu wanita, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen terkeluar di
pusingan pertama dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pula tewas di pusingan kedua.
Beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tersangkut di
pusingan pertama, manakala Goh Soon Huat-Shevon Lai tumpas di pusingan kedua.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober
2019 @ 11:02 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan