Malaysia kuasai badminton dunia
IMPIAN V Shem (kanan) dan Wee
Kiong untuk bergelar beregu No. 1 dunia tercapai setelah kedudukan ranking
dikemas kini oleh BWF semalam.
MALAYSIA kini menguasai
gelanggang badminton apabila beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong
mengikut jejak langkah Datuk Lee Chong Wei untuk bergelar jaguh No. 1 dunia.
Kedudukan ranking terbaharu itu
dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam yang menunjukkan
pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengumpul 71,297 mata.
Gandingan Chai Biao dan Hong
Wei dari China menduduki tempat kedua dengan 70,220 mata manakala beregu
Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen di tempat ketiga (67,534).
“Saya gembira dengan gelaran
itu (No. 1 dunia) dan berharap kami dapat kekalkan status tersebut. Kini saya
mahu fokus kepada kejohanan dan bermain seperti biasa,” katanya ketika
dihubungi Kosmo! semalam.
V Shem dan Wee Kiong yang masih
segar dengan kejayaan menjuarai Terbuka Denmark bulan lepas, merampas status
No. 1 dunia daripada beregu Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.
Menurut laman web
http://www.bwfbadminton.org, Chong Wei masih kekal di kedudukan pertama dunia
dengan 93,503 mata, manakala beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu
Ying di tangga keempat (67,060)
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4PgAj6Gck
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan