Jumaat, 4 November 2016

Yeoh Kay Bin mara ke suku akhir

ARKIB : 09/10/1998
MELBOURNE - Juara remaja kebangsaan, Yeoh Kay Bin menggunakan segala kemahiran yang ada menewaskan pemain Jepun, Shinya Ohtsuka untuk mara ke suku akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Remaja Dunia di sini, semalam.

Pemain pilihan ketiga itu kalah set pertama 12-15, tetapi menang dua set berikutnya 15-7, 15-7.

Dia adalah pemain tunggal Malaysia yang bermain semalam.

Pemain dari Asia menguasai perseorangan lelaki hari ini dengan memenangi kesemua lapan tempat ke suku akhir.

Pilihan pertama Endra Feriyanto, 16, dari Indonesia bagaimanapun terpaksa berhempas pulas selama 75 minit sebelum mengatasi pemain Jerman, Bjoern Joppien dengan tiga set.

Dalam perseorangan wanita, pilihan pertama, Gong Ruina dari China, hanya mengambil masa 23 minit menewaskan pemain Jepun, Mika Anjo 11-8, 11-0.

Tine Hoy dari Denmark menjadi pemain tunggal Eropah yang berjaya ke suku akhir. Yang lain dikuasai pemain China, Hong Kong, Korea Selatan, dan Singapura.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4P5cdB8KX

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan