Isnin, 25 Julai 2016

Pasangan Yap mara, Rashid terkeluar -- Kejohanan badminton Terbuka Jepun

ARKIB : 18/01/1998
TOKYO _ Beregu utama negara Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock menebus kekalahan mereka di tangan juara dunia Chandra Wijaya-Sigit Budiarto sebelum ini untuk mara ke peringkat akhir beregu lelaki kejohanan badminton Terbuka Jepun di sini, semalam.

Soon Kit-Kim Hock, pilihan ketiga, menang 15-11, 15-12 terhadap pasangan Indonesia itu untuk menempah tiket ke perlawanan akhir menentang satu lagi pasangan Indonesia, Antonius-Denny Kantono hari ini dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$200,000 (kira-kira RM800,000) itu.

Sungguhpun menang ke atas Chandra-Sigit dalam perlawanan peringkat kumpulan pada kejohanan Grand Prix Dunia di Jakarta bulan lepas, beregu Malaysia itu tewas dengan tiga set pada perlawanan akhir.

Soon Kit-Kim Hock kini berpeluang untuk merangkul gelaran pertama mereka di dalam tempoh 18 bulan kerana mereka mempunyai rekod yang lebih baik berbanding pasingan Antonius-Kantono, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik.

Antonius-Kantono, pilihan kelima bersama, menewaskan satu lagi beregu Indonesia dan pilihan ketiga bersama, Rexy Mainaky-Ricky Subagja 5-15, 15-8, 15-8.

Sebelum itu, kemaraan satu-satunya harapan Malaysia dalam perseorangan lelaki, Rashid Sidek dihalang oleh pemain muda China Luo Yigang, pemain pilihan kesembilan, 17-15, 7-15, 4-15 pada peringkat separuh akhir.

Yigang akan bertemu Peter Gade Christensen dari Denmark, yang menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi 4-15, 15-2, 15-6.

Jika Soon Kit dan Kim Hock menang hari ini, ia akan merupakan kejayaan kedua oleh peserta Malaysia pada kejohanan Terbuka Jepun setelah pasangan Razif-Jalani Sidek memenanginya pada 1986.

Keputusan

(Peringkat Separuh Akhir)

Perseorangan Lelaki:

Peter Gade Christensen (DEN) kln Hariyanto Arbi (INA) 4-15, 15-2, 15-6; Luo Yigang (CHN) kln RASHID SIDEK (MAS) 15-17, 15-7, 15-4.

Perseorangan Wanita:

Ye Zhaoying (CHN) kln Dai Yun (CHN) 11-1, 11-9; Gong Zhichao (CHN) kln Wang Chen (CHN) 11-3, 11-5.

Beregu Lelaki:

CHEAH SOON KIT-YAP KIM HOCK (MAS) kln Chandra Wijaya-Sigit Budiarto (INA) 15-11, 15-12; Antonius-Denny Kantono (INA) kln Rexy Mainaky-Ricky Subagja (INA) 5-15, 15-8, 15-8.

Beregu Lelaki:

Gu Jun-Ge Fei (CHN) kln Zelin Resiana-Eliza (INA) 15-5, 15-10; Tang Yongshu-Qin Yiyuan (CHN) kln Huang Nanyan-Liu Zhong (CHN) 18-15, 15-3.

Beregu Campuran:

Jens Eriksen-Marlene Thomsen (DEN) kln Chen Gang-Tang Yongshu (CHN) 15-8, 7-15, 17-16; Kim Dong-Moon-Ra Kyung-Min (KOR) kln Michael Soegaard-Rikke Olsen (DEN), 9-15, 15-7, 15-8. _ Bernama.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4FQHJYmSX © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan