Rabu, 4 Oktober 2017

Chong Wei, beregu juara



ARKIB : 23/07/2007

KUALA LUMPUR – Perseorangan utama, Lee Chong Wei dan beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memanfaatkan kelebihan stamina dan pengalaman untuk membawa Malaysia merangkul gelaran berganda dalam kejohanan badminton Terbuka Filipina, semalam.

Chong Wei, yang tidak bermain kelmarin dan Kien Keat-Boon Heong - juara Seluruh England yang semakin konsisten, masing- masing membenam cabaran kedua-dua lawan dari China pada perlawanan akhir di Arena Philsports, Pasig City, Metro Manila.

Chong Wei menjuarai perseorangan dengan menewaskan pemain nombor dua dunia, Chen Hong 21-9, 21-15 selepas 39 minit sekali gus meraih ganjaran AS$9,600 (RM32,844) sementara Kien Keat-Boon Heong menundukkan Guo Zhendong-Xie Zhongbon 21-8, 26-24.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4uXlPSCmp
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan