Selasa, 17 Oktober 2017

Pemain badminton negara ke final Terbuka Perancis



ARKIB : 04/11/2007

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dan beregu veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah menghampiri kejuaraan badminton Terbuka Perancis selepas melangkah ke perlawanan akhir semalam.

Chong Wei, meneruskan pemburuan kejuaraan kejuaraan Siri Super ketiganya selepas menang mudah 21-8, 21-8 ke atas pemain nombor empat dunia, Chen Jin dari China hanya dalam masa 32 minit.

Malah, pemain nombor dua dunia itu menjadi pilihan utama untuk merangkul gelaran perseorangan lelaki selepas tidak perlu berdepan pemain nombor satu dunia, Lin Dan yang kalah kepada rakan senegara, Bao Chunlai 14-21, 21-7, 17-21 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Chong Wei, 25, juara Terbuka Indonesia dan Jepun mengalahkan Chunlai ketika kedua-dua pemain bertemu dalam final Terbuka Indonesia, Mei lalu.

Sementara itu, Tan Fook-Wan Wah mengintai kejuaraan Siri Super pertama mereka selepas membenam pasangan Jepun, Tadashi Ohtsuka-Keita Masuda 21-17, 21-11.

Kemenangan tersebut akan menemukan juara Asia itu dengan bekas pasangan nombor satu dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China pada perlawanan akhir hari ini.

Haifeng-Cai Yun, pilihan kedua mara selepas mengetepikan Jung Jae-sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan 21-17, 21-13.

Bagi jaguh perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo, hasrat untuk melakar satu lagi kejutan tidak kesampaian apabila terpaksa akur kepada pemain nombor satu dunia, Xie Xingfang dari China 11-21, 19-21. kepada bekas juara dunia itu.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4vlJ741pR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan