ARKIB : 12/11/2007
KUALA LUMPUR Perseorangan
veteran badminton negara, Roslin Hashim menamatkan kemarau kejuaraan selama
enam tahun dalam siri Grand Prix (GP) apabila menjuarai Terbuka Vietnam di
Hanoi, semalam.
Roslin, 32, menewaskan Andre
Kurniawan Tedjono dari Indonesia 21-12, 25-23 dalam perlawanan akhir selama 40
minit sekali gus meraih gelaran pertama sejak Terbuka Switzerland 2001.
Saya gembira selepas menanti
enam tahun untuk memenangi sebuah gelaran GP. Tidak kisah sama ada kejohanan
ini kecil atau besar, yang penting saya berjaya menjuarainya.
Gelaran ini bakal mencerahkan
peluang saya ke Sukan Olimpik dan meraih salah satu tempat dalam skuad
kebangsaan ke Piala Thomas, tahun depan, katanya.
Roslin menjadi pemain tunggal
Malaysia yang bertahan sehingga akhir elepas rakan senegara, Kuan Beng Hong
tunduk 19-21, 12-21 kepada Andre dalam separuh akhir kelmarin.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4vpE45KCp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan