Rabu, 18 Oktober 2017

Kejutan beregu muda di Terbuka China



ARKIB : 22/11/2007

KUALA LUMPUR - Pasangan muda negara, Mohd. Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari melakar kejutan terbesar pada Kejohanan Badminton Terbuka China apabila menundukkan bekas beregu nombor satu dunia, Fu Haifeng-Cai Yun pada pusingan pertama semalam.

Selepas diketepikan daripada dua kejohanan di Eropah, pasangan nombor 19 dunia kembali ke dengan permainan meyakinkan apabila menang 21-15, 18-21, 21-17.

Kekalahan Haifeng-Cai Yun itu menambah tamparan skuad badminton China, yang terdahulu dikejutkan dengan kekalahan pemain nombor satu dunia, Lin Dan kepada pemain Korea Selatan, Park Sung Hwan 21-19, 20-22, 17-21.

Jaguh nombor satu negara, Lee Chong Wei kini menjadi pilihan utama untuk muncul juara selepas mengalahkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-18, 21-12.

Turut meneruskan cabaran beregu nombor satu dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, yang menumpaskan lbertus Susanto-Yohan Hadikusumo dari Hong Kong 21-19, 21-12.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4vqNM5tmx
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan