Sabtu, 9 September 2017

Sairul Amar juara badminton Terbuka Belanda



ARKIB : 13/11/2006

KUALA LUMPUR – Bekas pemain kebangsaan, Mohd. Sairul Amar Ayob merangkul kejuaraan antarabangsa pertamanya dengan muncul juara badminton Terbuka Belanda di Hertogenbosch, semalam.

Sairul, 26, bagaimanapun dipaksa berkerja keras dalam perlawanan 61 minit sebelum menewaskan pemain muda China, Wu Yunyong 22-20, 14-21, 21-9.

Ini adalah kemenangan pertama yang diraih pemain Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) itu, malah kejayaan pertamanya melayakkan diri ke perlawanan akhir antarabangsa.

Sairul, pilihan ketiga kejohanan yang mengetepikan cabaran rakan senegara, Lee Tsuen Seng 21-17, 21-18 pada separuh akhir kelmarin kini menduduki ranking ke-17 dunia, iaitu perseorangan nombor empat negara di belakang Lee Chong Wei, Muhd. Hafiz Hashim serta Mohd. Roslin Hashim.

Sementara itu pasangan Indonesia, Rani Mundiasti-Endang Nursugianti muncul juara beregu wanita selepas mengalahkan beregu Jerman, Katrin Piotrowski-Michaela Peiffer 21-16, 21-16.

Kejuaraan beregu campuran pula milik pasangan England, Robert Blair-Jenny Wallwork yang menang 21-18, 21-18, 21-18 ke atas pasangan Indonesia, Flandy Limpele-Vita Marissa.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4sE8naWPw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan