Jumaat, 29 September 2017

Semua pemain utama ke suku akhir



ARKIB : 19/05/2007

KUANTAN – Semua pemain utama kebangsaan, diketuai juara Terbuka Indonesia, Lee Chong Wei menepati ramalan melayakkan diri ke suku akhir sirkit badminton kebangsaan Terbuka Pahang di sini, semalam.

Turut layak dua beregu utama kebangsaan, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, selain naib juara Terbuka Indonesia, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Abdul Latif.

Chong Wei, pilihan utama untuk merangkul kejuaraan tidak menghadapi masalah melepasi pemain remaja kebangsaan, Mohd. Arif Latif apabila menang 21-19, 21-14.

Turut mara ialah Kuan Beng Hong yang menyingkirkan Chong Li Qun 21-15, 21-16.

Juara Asia, Tan Fook-Wan Wah dipaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan Chan Peng Soon-Mohd. Razif Latif 24-26, 21-13, 21-19.

Juara Seluruh England, Kien Keat-Boon Heong pula mudah menundukkan Khoo Chung Chiat-Chong Hun Pin 21-12, 21-14.

Fairuzizuan-Zakry, yang baru menerima khabar gembira mendapat tiket ke Kejohanan Dunia, Ogos ini menumpaskan Muhamad Hashim- Mohd. Nazree Latiffi 21-8, 21-12.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4u7AwU4by
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan