Jumaat, 29 September 2017

Tiga pemain negara layak ke separuh akhir



ARKIB : 19/05/2007

KUALA LUMPUR – Malaysia sudah mengesahkan satu tiket perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka New Zealand apabila tiga wakilnya mara ke separuh akhir perseorangan lelaki di Auckland, semalam.

Chan Chong Ming- Hoon Thien How menghampiri kejuaraan antarabangsa pertama mereka selepas layak ke separuh akhir beregu lelaki.

Jaguh veteran, Mohd. Roslin Hashim pula disingkirkan oleh pemain muda Indonesia, Andre Kurniawan Tedjono.

Juara bertahan, Lee Tsuen Seng dan Wong Choong Hann menempah pertemuan sesama sendiri di hari ini, manakala Yeoh Kay Bin melengkapkan kemaraan selepas mengejutkan pilihan utama, Andrew Smith dari England 21-11, 21-5.

Tsuen Seng, yang mewakili Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) dan pilihan kedua mengetepikan Chan Yan Kit dari Hong Kong 21-13, 21-17, manakala Choong Hann berhempas pulas untuk menundukkan Alamsyah Yunus dari Indonesia 16-21, 21-13, 22-20.

semuaArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4u79Ci8Yy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan