Sabtu, 18 November 2017

Kien Keat-Boon Heong bangkit



ARKIB : 29/03/2008
KUALA LUMPUR - Pasangan yang dikritik hebat, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong mempamerkan kebangkitan mengalahkan beregu utama negara, Choong Tan Fook- Lee Wan Wah pada separuh akhir Grand Prix Badminton Kebangsaan Akhir di Alor Star, semalam.

Kien Kiat-Boon Heong bagaimanapun dikerah tiga set 21-14, 18-21, 21-15 sebelum menang dalam masa 40 minit.

Juara lima kali berturut-turut kejohanan, Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mara ke perlawanan akhir menewaskan pemain veteran, Mohd. Roslin Hashim 21-9, 21-10 di separuh akhir.

Menanti Chong Wei ialah pemain muda yang sedang meningkat, Tan Chun Seang, yang mengetepikan cabaran Yeoh Kay Bin 21-9, 17-21, 21-11.

Perseorangan wanita pula menyaksikan Julia Wong berdepan saingan Tee Jing Yi di perlawanan akhir.

Julia ke akhir selepas mudah membenam Stephanie Shalini 21-15, 21-11.

Lawannya, Tee Jing Yi dikerah sebelum menang 24-22, 21-23, 21-14 ke atas Vivian Hoo. Pilihan kedua, Fong Chew Yen- Mooi Hing Yau mengejutkan pilihan pertama Amelia Anscelly- Chong Sook Chin 13-21, 21-10, 21-8 untuk mara ke final beregu wanita.

Mereka akan ditentang Lydia Cheah-Tee Jing Yi yang menewaskan Anita Kaur-Julia Wong 21-15, 23-21.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4yqH4wzjw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan