Selasa, 30 Mei 2017

Choong Hann tamatkan zaman bujang



ARKIB : 12/06/2005

JAGUH badminton negara, Wong Choong Hann menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya, Leaw Pik Sim di Kuala Lumpur, semalam.

Choong Hann, 28, bagaimanapun terpaksa menangguhkan rancangan untuk berbulan madu kerana terpaksa memberi tumpuan persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Los Angeles, 15-21 Ogos ini.

Menurut Choong Hann, dia berharap perkahwinan dengan teman lamanya, Pik Sim ini akan membawa tuah buat karier badmintonnya.

Choong Hann merupakan naib juara dunia di Birmingham, dua tahun lalu dan akan memikul cabaran perseorangan lelaki di Amerika Syarikat bersama pemain nombor satu negara, Lee Chong Wei dan Muhammad Hafiz Hashim.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4icgPbzgc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan