Jumaat, 5 Mei 2017

Menang, itulah doa saya - Fadzli

ARKIB : 02/01/2005
PEMAIN midfield, Mohd. Fadzli Saari mempunyai hanya satu doa apabila dia berusia 22 tahun semalam - memastikan Malaysia menundukkan Indonesia apabila mereka bertemu dalam separuh akhir kedua kejohanan bola sepak Piala Tiger esok.
Pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu, yang pertama kali meraikan hari jadinya tanpa keluarganya semalam, bagaimanapun diraikan oleh teman-teman sepasukan, sekali gus menambah semangat sepasukan menjelang perlawanan yang akan menentukan sama ada Malaysia akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Tiger.
Malaysia memiliki kelebihan setelah menundukkan Indonesia 2-1 di Jakarta pada Selasa lepas dan kini mempunyai sokongan penyokong tempatan untuk menambah semangat juang.
Fadzli yakin dia dan rakan-rakannya mampu bermain lebih baik berbanding di Jakarta dan berharap doa hari jadinya termakbul.
``Saya tidak fikir kelebihan satu gol sudah cukup, jadi saya berdoa kami dapat mara ke perlawanan akhir,'' kata pemain Pahang itu.
Malaysia mara ke perlawanan akhir kejohanan edisi pertama pada 1996 di Singapura dan muncul naib juara setelah kalah 1-0 kepada Thailand.
``Kami masih belum menunjukkan yang terbaik dan saya harap ia akan berlaku Isnin ini,'' kata Fadzli.
Dia yang turut beraksi ketika Malaysia menduduki tempat keempat dua tahun lepas, berkata semangat pasukan kali ini adalah jauh lebih perkasa.
Katanya lagi, berbanding pasukan 2002 yang walaupun lebih berpengalaman, barisan pemain kali ini lebih bersabar dan mampu menyerap tekanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan