Sabtu, 27 Mei 2017

Hafiz catat kemaraan



ARKIB : 31/03/2005

BANGKOK - Juara Terbuka Switzerland, Muhd. Hafiz Hashim mengetuai kemaraan tujuh perseorangan lelaki negara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di sini, semalam.

Pemain nombor sembilan dunia dan pilihan ketiga itu bagaimanapun dikejutkan dengan kekalahan pada set pertama sebelum bangkit menyingkirkan pemain muda China, Gong Weijie 8-15, 15-1, 15-1.

Menanti Hafiz, juara Seluruh England 2003 pada pusingan kedua adalah Viempie Mahardi dari Indonesia yang menumpaskan pemain negara, K. Yogendran 15-10, 15-13.

Turut meneruskan cabaran pada kejohanan tiga bintang bernilai AS$80,000 (RM304,000) itu adalah Muhd. Roslin Hashim, Kuan Beng Hong, Sairul Amar Ayob, Lee Tsuen Seng, Ismail Saman dan Salim Sameon.

Roslin mara selepas mudah menewaskan pemain tuan rumah, Jenrop Jenjitranont 15-3, 15-0 dan akan bertemu Lu Yi dari China, Beng Hong pula mengalahkan Viboonsin Sitichai juga dari Thailand 15-3, 15-6 untuk menempah pertemuan dengan Lee Chen Yen dari Taiwan.

Tsuen Seng melepasi cabaran pemain tuan rumah, Vasin Nilyoke 15-6, 15-11 untuk menentang Xia Xuanze dari China, manakala Sairol dipaksa berhempas pulas menundukkan Lee Cheol-ho dari Korea 8-15, 15-9, 15-7 dan akan berdepan Nguyen Quang Minh dari Vietnam.

Pemain muda negara, Salim menang 15-8, 15-1 ke atas Peerasak Wiriyapa-dungpong dan akan bertemu pilihan ketujuh, Christian Kaldau dari Denmark.

Sementara itu pemain remaja negara, Yeoh Kay Bin gagal meneruskan cabaran selepas tumpas 6-15, 6-15 kepada pilihan ke-10, Anders Boesen dari Denmark.

Turut tersingkir awal adalah Mohd. Hazwan Jamaluddin yang kalah 3-15, 0-15 kepada Chen Jin dari China, manakala Mohd. Nazree Latifi tewas 1-15, 13-15 kepada Chen Yen

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iKseEzw4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan