Jumaat, 5 Mei 2017

Sairul melawan sebelum kalah

ARKIB : 17/12/2004
PEMAIN serpihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Sairul Amar Ayob hampir meneruskan siri kejutan tetapi terpaksa akur kepada kehebatan pilihan pertama, Lin Dan dari China pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, di Jakarta semalam.
Bagaimanapun, semangat pasukan negara terus membara apabila tiga lagi pemain negara, Muhd. Hafiz Hashim, Lee Chong Wei dan Wong Choong Hann untuk mara ke suku akhir.
Turun dengan status sebagai pemain bukan pilihan, Sairul yang kalah 15-12 di set pertama kelihatan mampu mengejutkan Lin Dan apabila menang 15-11 pada set kedua untuk mengheret permainan ke rubber set. Bagaimanapun aksi cemerlangnya disekat oleh pemain nombor satu dunia itu dengan kemenangan 15-10
Sairul mara ke pusingan ketiga selepas mengejutkan pemain Indonesia, Andrew Kurniawan 15-8, 15-4. Pada pusingan pertama, Sairul mengejutkan pemain pilihan ke-10, Shoji Sato dari Jepun.
Cabaran perseorangan lelaki negara kini dipikul oleh Muhd. Hafiz yang akan bertemu Taufik Hidayat dari Indonesia, Chong Wei berdepan dengan Chen Hong dari China manakala Choong Hann akan menentang Lin Dan.
Pilihan ke-11 kejohanan, Choong Hann mara setelah menundukkan pemain England, Nicholas Kidd 15-13, 15-4 manakala Hafiz mengecewakan pemain tuan rumah, Simon Santoso 15-13, 15-8 pada pusingan ketiga. Chong Wei pula mara setelah menewaskan rakan senegara, Kuan Beng Hong, 15-9, 15-11.
Pemain bukan pilihan, Beng Hong sebelum itu mengejutkan pilihan ke-15, Park Sung Hwan dari Korea Selatan 1-15, 15-12, 15-7.
Sementara itu pilihan ketujuh, Khoo Kien Keat dan Wong Pei Tty menjadi wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran setelah rakan mereka, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mooi Hing Yau kecundang di pusingan kedua.
Kien Keat-Pei Tty ke pusingan ketiga setelah menundukkan Blair-Kellog Anthony Clark-Donna Kellog 15-12, 15-7. Sebelum itu Fairuzizuan-Hing Yau tumpas kepada pilihan kelima, Lee Jae Jin-Lee Hyo Jung dari Korea Selatan15-8, 15-5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan