Sabtu, 10 Jun 2017

Kay Bin, Mew Choo cipta kejutan



 
ARKIB : 20/01/2006
Ads by Kiosked
WONG Mew Choo membalas pukulan pemain Denmark, Tine Rasmussen dalam pertemuan di pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham semalam. Mew Choo menang 11-2, 11-6. - Reuters.

KUALA LUMPUR - Yeoh Kay Bin mencipta kejutan apabila mengalahkan pemenang pingat perak Olimpik Athens, Shon Seung-Mo dari Korea Selatan untuk ke pusingan ketiga kejohanan badminton Seluruh England di Birmingham semalam.

Empat lagi pemain negara turut mara diketuai oleh juara Terbuka Switzerland, Lee Chong Wei, Wong Choong Hann, Sairul Amar Ayub dan Kuan Beng Hong.

Pemain bukan pilihan, Kay Bin berhempas pulas di set kedua sebelum menang 15-8, 17-16 ke atas pilihan ke-9/16, Seung-Mo dalam masa 67 minit, dan akan bertemu pilihan ke-5/8, Chen Hong hari ini.

Pilihan ke-3/4 kejohanan, Chong Wei pula diheret ke rubber set ketika bertemu Bjoern Joppien dari Jerman sebelum menang 15-6, 7-15, 15-3 dan akan ditentang oleh pemain China, Wu Yungong yang mendapat kemenangan percuma setelah Niels Christian Kaldau dari Denmark menarik diri.

Yungong menang set pertama 15-11 dan mendahului 6-0 apabila Kaldau tidak dapat meneruskan permainan.

Choong Hann pula akan bertemu pemain nombor satu dunia, Lin Dan selepas jaguh veteran negara itu menundukkan Aamir Ghaffar 15-10, 15-5. Lin Dan pula bertarung tiga set sebelum menjinakkan Kasper Oedum dari Denmark 5-15, 15-6, 15-4.

Sairul juga berkerja keras untuk menang ke atas Vidre Wibowo dari Sweden manakala Beng Hong menang ke atas pemain Denmark, Christian Lind Thomsen.

Sairul akan bertemu Kenneth Jonnasen dari Denmark manakala Lee Hyun-Il dari Korea Selatan menanti Beng Hong hari ini.

Dua pasangan beregu lelaki negara, Lin Woon Fui-Mohd. Fairurizuan Tazari dan Mohd. Zakry Abdul Latif-Gan Teik Chai pula mengiringi rakan senior mereka, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Chan Chong Min-Koo Kien Keat, yang mendapat bye untuk ke pusingan kedua.

Tan Fook-Wan Wah berdepan tugas berat hari ini apabila bertemu pilihan pertama, Sigit Budiarto-Candra Wijaya dari Indonesia manakala Chong Ming-Kien Keat menentang David Forbes-Stewart Kerr dari Scotland.

Woon Fui-Mohd. Fairuzizuan pula bertemu pasangan tuan rumah, Robert Adcock-Robin Middleton manakala Mohd. Zakry-Teik Chai menentang Rasmus Bonde-Kasper Henriksen dari Denmark.

Wong Mew Choo turut meneruskan kemaraan dalam perseorangan wanita selepas menundukkan Tine Rasmussen dari Denmark 11-2, 11-1 tetapi rakannya, M. Sutheaswari jelas bukan saingan pilihan ke-3/4, Pi Hongyan dari Perancis apabila tunduk 11-1, 11-0.

Mew Choo akan bertemu pilihan ke-5/8, Xu Huaiwen dari Jerman hari ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4jbpPhJMI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan