Ahad, 4 Jun 2017

Mew Choo ke separuh akhir



ARKIB : 24/09/2005

JAKARTA - Juara Sukan SEA, Wong Mew Choo meneruskan kejutan pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia apabila mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan pilihan keempat, Eriko Hirose dari Jepun, semalam.

Cabaran Malaysia pada separuh akhir hari ini turut diteruskan oleh pasangan senior, Chong Tan Fook-Lee Wan Wah serta beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

Bagaimanapun, tiada wakil negara akan berada pada separuh akhir perseorangan lelaki selepas pemain utamanya, Lee Chong Wei tewas mengejut kepada Lee Hyun Il dari Korea, manakala Wong Chong Hann dan Yeoh Kay Bin kandas di suku akhir.

Mew Choo menerima suntikan moral terbaik dalam usahanya mempertahankan kejuaraan Sukan SEA di Manila, November ini apabila menumpaskan Eriko 6-11, 13-10, 11-2.

Ini merupakan kejutan kedua yang dilakar Mew Choo pada kejohanan enam bintang yang menawarkan AS$250,000 ini selepas mengejutkan pemain Singapura, Li Li di pusingan pertama.

Juara kebangsaan itu bagaimanapun bakal berdepan tugas getir pada separuh akhir hari ini apabila berdepan pemain Belanda kelahiran Indonesia, Mia Audina.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4j3LtXk7V
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan