Selasa, 4 April 2017

Cabaran negara berakhir



 ARKIB : 24/08/2003
Daripada BAZLI ABDUL RAHMAN SINGAPURA - Cabaran negara berakhir apabila pasangan beregu Chong Tan Fook/Lee Wan Wah gagal ke perlawanan akhir kejohanan Badminton Terbuka Singapura selepas tewas kepada pasangan Denmark, Lars Paskee/Jonas Rasmussen dalam peringkat separuh akhir di sini, semalam.

Pasangan negara itu tewas dengan keputusan 14-17, 15-12, 2-15 walaupun memberikan saingan sengit sehingga mengheret permainan ke rubber set.

Sementara itu, China menguasai acara perseorangan lelaki dan wanita pada kejohanan tersebut apabila kesemua pemain mereka layak ke perlawanan akhir hari ini.

Pilihan pertama dan penyandang juara, Chen Hong mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan rakan senegaranya, Lin Dan 15-8, 15-11 dan akan bertemu Chen Yu pada perlawanan akhir hari ini.

Chen Yu, yang tidak diletakkan sebagai pilihan menumpaskan pemain pilihan ke-11, Lee Hyun Il 15-11, 15-11 dalam satu lagi separuh akhir semalam.

Dalam separuh akhir perseorangan wanita, juara dunia dan pilihan pertama, Zhang Ning mengenepikan cabaran pemain Denmark, Camilla Martin 11-8, 9-11, 11-5.

Satu lagi separuh akhir pula menyaksikan pilihan kelima, Zhou Mi pula menumbangkan rakan senegara dan pilihan kedua, Gong Ruina 11-5, 11-8.

Kejohanan bertaraf lima bintang Terbuka Singapura ini menawarkan hadiah AS$170,000 (RM646,000) dan menawarkan mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik di Athens tahun depan.

China turut layak ke perlawanan akhir acara beregu campuran dengan pasangan Zheng Bo dan Zhang Jiewen menumbangkan pasangan Indonesia, Nova Widianto dan Vita Marissa 15-13, 15-6.

Pasangan dari China itu akan menentang pilihan kelima dari Kroea Selatan, Kim Dong-Moon dan Ra Kyung-Min yang menumpaskan pasangan Thailand, Sudket Prapakamil dan Saralee Thungthongkam 15-,5, 15-3.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4dI794AFm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan