Selasa, 4 April 2017

Roslin lebih yakin di Singapura



ARKIB : 20/08/2003
Daripada BAZLI ABDUL RAHMAN SINGAPURA - Pemain kebangsaan, Roslin Hashim yakin mampu menundukkan pemain Thailand, Boonsak Polsana pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura, Kallang hari ini.

Keyakinan itu berbekalkan pengalaman Roslin yang telah menundukkan pemain berkenaan sebanyak tiga kali.

Kali pertama Boonsak tumpas kepada Roslin ialah sewaktu Terbuka Thailand diikuti pada Sukan Asia di Bangkok pada 1998.

Roslin menang kali ketiga keatas pemain dari Thailand itu pada pusingan pertama Kejohanan Dunia di Birmingham, England awal bulan ini.

Namun Roslin percaya Boonsak akan memberikan cabaran yang lebih hebat dalam pertemuan kali ini.

``Walaupun rekod pertemuan menyebelahi saya, ia tidak boleh dijadikan sandaran bahawa saya boleh menang mudah di sini.

``Boonsak tentunya mahu menebus kehampaannya yang lalu. Dia pasti mahu menyekat kemaraan saya,'' ujar Roslin di Singapura, semalam.

Roslin berkata, dia pasti terpaksa bekerja keras dan akan cuba mengutip mata dengan menggunakan beberapa kelemahan Boonsak yang telah dikenal pastinya dalam tiga perlawanan lepas.

Jika Roslin menang ke atas Boonsak, dia mungkin bertemu rakan senegara, Lee Tsuen Seng yang dijadual menentang pemain belanda, Dicky Palmaya.

Tiga lagi pemain malaysia berada dalam kelompok yang sama ialah Ong Ewe Hock, Ismail Saman dan Yeoh Kay Bin. Naib juara dunia, wong Choong Hann dan tiga lagi pemain Malasia yang berada dalam kumpulan lain ialah Mohd. Hafiz hashim, Yong Hock Kin dan Sairul Amar Ayob.

Dalam pusingan kelayakan perseorangan tiga pemain negara layak ke undian utama.

Mereka ialah Beng Hong Kuan yang menang keatas Eric Go dari Amerika Syarikat 15-4, 15-6. Yogen Khrishnan pula mengalahkan pemain Australia Stuart Brehaut 15-10, 15-5 dan Chong Wei Lee menundukkan Yunyong Wu dari China 15-8, 13-15, 15-7. - Utusan

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4dHh1vKmI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan