Isnin, 3 April 2017

Choong Hann tewaskan Boesen



ARKIB : 01/08/2003

BIRMINGHAM, England, - Pemain pilihan kesembilan, Wong Choong Hann menewaskan pemain pilihan keempat dari Denmark, Anders Boesen 15-6, 15-6 dalam pusingan ketiga perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia, di sini, semalam.

Sementara itu, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia turut mencatat kemenangan apabila menewaskan wakil Singapura, Ronald Susilo 15-9, 15-13.

Dalam acara wanita pula, Mia Audina Tjiptawan dari Indonesia mengalahkan Petra Overzier dari Jerman 11-2, 11-4. - Utusan

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4dBSbjb8q
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan