Selasa, 18 April 2017

Hafiz, Mew Choo terkandas

ARKIB : 24/04/2004
CHAN Chong Ming-Chew Choon Eng menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (ABC) semalam, terima kasih kepada pasangan Korea Selatan, Lee Dong Soo-Yoo Yong Sung yang menarik diri pada saat akhir kerana kecederaan.
Bagaimanapun cabaran Malaysia dalam perseorangan lelaki berakhir selepas bekas juara Seluruh England, Muhd. Hafiz Hashim tumpas 14-17, 7-15 kepada penyandang juara, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, manakala beregu utama negara dan pilihan pertama kejohanan, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah kalah mudah 5-15, 9-15 kepada Chandra Wijaya-Halim Haryanto.
Chong Ming-Choon Eng bernasib baik meneruskan cabaran ke separuh akhir selepas Dong So, menarik diri akibat kecederaan bahagian belakang, sementara Yong Sung pula sakit di bahagian buku lali.
Menanti pasangan negara itu pada separuh akhir hari ini adalah beregu nombor 11 dunia, Sigit Budiarto-Trikus Haryanto dari Indonesia yang mara selepas mengalahkan pasangan utama Thailand, Pramote Teerawiwatana-Tesana Panvisvas.
Hafiz yang cemerlang mengalahkan Lee Hyun Il kelmarin dan mempunyai rekod kemenangan 2-0 sebelum ini kelihatan lesu dalam pertemuan selama 55 minit dengan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro, semalam.
Dia yang ketinggalan 6-2 di awal set pertama hampir berpeluang memenanginya apabila mendahului 14-12. Namun pergerakan yang agak lambat menyebabkan dia menamatkan set pertama dengan kekalahan 17-14.
Hafiz cuba bangkit pada set kedua dan berjaya mendahului 5-4. Tetapi pergerakan kaki Hafiz seolah-olah ditahan dan pukulan bola Sony yang menuju ke pelbagai arah di gelanggang memerangkap Hafiz yang kemudiannya ketinggalan 13-5 sebelum menyerahkan tempat ke separuh akhir kepada Sonya dengan kekalahan 15-7 di set kedua itu.
Menurut Misbun, Sony banyak belajar permainan Hafiz daripada dua kegagalan (di Seluruh England dan Terbuka Thailand) yang dialami sebelum ini sementara Hafiz pula leka dengan apa yang ada padanya.
Wong Mew Choo pula kecewa apabila dia melepaskan peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama di kejohanan antarabangsa apabila tumpas kepada pemain Jepun dan pilihan ketiga, Kanako Yonekura.
Pemain utama skuad Piala Uber negara itu berkata, kegagalannya mengawal emosi serta terlalu banyak berfikir menjadi punca utama dia tewas walaupun memenangi set pertama 11-5. Mew Choo tewas 11-5, 7-11, 7-11 kepada juara Sukan Asia 1998 itu dalam masa 61 minit.
KEPUTUSAN:
LELAKI Perseorangan (suku akhir) _ Sony Dwi Kuncoro (Ina) kln MUHAMMAD HAFIZ HASHIM (MAS) 17-14, 15-7; Park Tae Sang (KOR) kln Jang Yong Soo (KOR) 15-3, 15-6; Taufik Hidayat (Ina) kln Ng Wei (HKG) 15-5, 15-10; Shon Seung Moo (KOR) mn Ronald Susilo (SIN) 15-5, 15-4.
Beregu (suku akhir) _ Chandra Wijaya/Halim Haryanto (Ina) kln Lee Wan Wah/Choong Tan Fook (MAS) 15-5, 15-9; Flandy Limpele/Eng Hian (Ina) kln Keita Masuda/Tadashi Ohtsuka (Jpn) 15-9, 15-3; Sigit Budiarto/Tri Kusharyanto (Ina) kln Pramote Teerawiwatana/Tesana Panvisvas (THA) 15-11, 15-12; CHAN CHONG MING/CHEW CHOON ENG (MAS) kln Lee Dong Soo/Yoo Yong Sung (KOR) (beri kemenangan)
WANITA perseorangan (suku akhir) _ Wang Chen (Hkg) kln Chen Lanting (CHN) 11-7, 11-9; Kaori Mori (Jpn) kln Seo Yoon Hee (KOR) 6-11, 11-1, 11-3; Kanako Yonekura (JPN) kln WONG MEW CHOO (MAS) 5-11, 11-7, 11-7; Jun Jae Yun (KOR) kln Jiang Yan Jiao (CHN) 6-11, 11-9, 11-5.
Beregu (separuh akhir) _ Lee Hyo Jung/Lee Kyung Woon (KOR) kln WONG PEI TTY/CHIN EEI HUI (MAS) 17-14, 4-15, 15-6; Du Jing/Yu Yang (Chn) kln Saralee Thungtongkam/Sathinee Jangrajangwong (Tha) 15-10, 15-7.
Beregu Campuran (suku akhir) _ Kim Dong Moon/Ra Kyung Min (KOR) kln KOO KIEN KEAT/CHIN EEI HUI (MAS) 15-2, 15-4; Nova Widianto/Vita Marissa (INA) mn Tadashi Ohtsuka/Shizuka Yamamoto (Jpn) 15-5, 15-2; Xie Zhongbo/Yu Yang (Chn) kln Ha Tae Kwon/Lee Kyung Won (Kor) (beri kemenangan); Sudket Prapakamol/Saralee Thungtongkam (Tha) kln MOHD. ZAKRY ABD LATIF/JOANNE QUAY (MAS) 15-12, 15-4.
(Siaran langsung separuh akhir 6.20 petang ini di Astro SuperSport).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan