Sabtu, 8 April 2017

Choong Hann mara



ARKIB : 13/11/2003

TIGA pemain perseorangan lelaki negara melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Terbuka China selepas mengatasi lawan masing-masing pada aksi pusingan kedua di Gimnasium Tianhe, semalam.

Pemain nombor satu negara, Wong Choong Hann yang baru segar dengan kejayaan merangkul gelaran Terbuka Taiwan minggu lalu, menang mudah dengan straigt set 15-4, 15-2.

Lee Tsuen Seng turut tidak menerima tentangan pada pusingan kedua dengan kemenangan 15-2, 15-7.

Naib juara Terbuka Malaysia, Lee Chong Wei pula mencatat kemenangan 15-3, 15-2.

Bagaimanapun, Yeoh Kay Bin terkandas di pusingan kedua apabila tewas 16-17, 2-15.

Sementara itu pasangan beregu veteran negara, Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Tan Fook-Wan Wah yang muncul naib juara Terbuka Korea dua minggu lalu, menewaskan pasangan Denmark, Kristof Hopp-Thomas Tesche 15-5, 15-9.

Pada pusingan kedua, Tan Fook-Wan Wah akan menentang pemenang antara pasangan Indonesia, Flandi Limpele-Eng Hian atau Shuichi Nakao-Shuichi Sakamoto dari Jepun.

Dalam pada itu dua pasangan beregu wanita, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty dan Norashikin Amin-Fong Chen Yen turut melepasi pusingan pertama.

Eei Hui-Pei Tty menang 15-6, 15-6 ke atas pasangan Jerman, Nicol Pitro-Petra Overzier. Begitupun, Norashikin-Chen Yen terpaksa mengharungi tiga set sebelum menundukkan pasangan Scotland, Kirsteen Mcewan-Yuan Wemyss 15-8, 5-15, 15-8.

Dalam acara beregu campuran, Gan Teik Chai-Wong Pei Tty terkandas di pusingan pertama, tewas 3-15, 14-15 kepada pasangan Hong Kong, Tam Lok Tin-Siu Chung Man.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4dfEtYnUd
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan