Jumaat, 14 April 2017

Roslin teruskan kemaraan

ARKIB : 06/03/2004
PEMAIN veteran negara, Mohd. Roslin Hashim meneruskan langkah cemerlang dalam perseorangan lelaki badminton Terbuka Switzerland apabila mara ke suku akhir selepas menumbangkan pemain China, Chen Yu dalam aksi pusingan ketiga di Basel, semalam.
Bagaimanapun dalam acara beregu lelaki, hanya pasangan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah berjaya melepasi pusingan kedua untuk ke suku akhir.
Dua lagi beregu negara, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng dan pasangan muda, Koo Kien Keat-Gan Teik Chai terkandas.
Roslin yang mendapat kemenangan percuma pada pusingan ketiga kelmarin apabila pemain Thailand, Boonsak Polsana gagal bermain akibat cedera, bagaimanapun dipaksa bekerja keras bermain tiga set sebelum menundukkan Chen Yu 7-15, 15-11, 15-5.
Pemain berusia 29 tahun itu akan menentang pemain Korea, Park Sung Hwan pada suku akhir hari ini.
Sung Hwan mara ke suku akhir selepas menumpaskan Kenneth Jonassen dari Denmark juga dalam tiga set 3-15, 17-14, 15-0.
Tan Fook-Wan Wah, pasangan beregu nombor enam dunia, diberi saingan sengit oleh pasangan Denmark, Michael Lam-Mathias Boe sebelum pilihan kelapan itu menang 15-10, 8-15, 15-3.
Bagaimanapun pada suku akhir hari ini, mereka akan menentang satu lagi beregu Denmark yang juga pilihan keempat, Jens Eriksen-Martin Lundgaard.
Pasangan Denmark itu menang ke atas beregu Korea, Yim Bang Eun-Kim Yong Hyun 15-7, 11-15, 15-9.
Choon Eng-Chong Ming pula nyata gagal mengekang pasangan Denmark yang juga pilihan pertama, Lars Paaske-Jonas Rasmussen dengan kekalahan 7-15, 12-15.
Kien Keat-Teik Chai pula tumbang kepada pasangan Korea yang juga pilihan kelima, Lee Dong Soo-Yoo Yong Sung 15-2, 8-15, 5-15.
KEPUTUSAN:
Pusingan kedua:
Perseorangan lelaki: MOHD. ROSLIN HASHIM (MAS) kln Chen Yu (CHN) 7-15, 15-11, 15-5; Park Sung Hwan (KOR) kln Kenneth Jonassen (DEN) 3-15, 17-14, 15-0; Lin Dan (CHN) kln Peter Gade (DEN) 17-15, 15-4; Shon Seung Mo (KOR) kln Taufik Hidayat (INA) 15-12, 15-10; Sony Dwi Kuncoro (INA) kln Xia Xuanze (CHN) 15-10, 4-15, 15-12; Chen Hong (CHN) kln Anders Boesen (DEN) 15-9, 15-2; Bao Chunlai (CHN) kln Ng Wei (HKG) 15-2, 8-15, 15-1; Lee Hyun Il (KOR) kln Dicky Palyama (NED) 15-10, 15-8.

Beregu lelaki: CHOONG TAN FOOK-LEE WAN WAH kln Michael Lamp-Mathias Boe (DEN) 15-10, 8-15, 15-3; CHEW CHOON ENG-CHAN CHONG MING kk Lars Paaske-Jonas Rasmussen (DEN) 7-15, 12-15; KOO KIEN KEAT-GAN TEIK CHAI kk Lee Dong Soo-Yoo Yong Sung (KOR) 15-2, 8-15, 5-15.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan